Monday, November 1, 2010

101010-10-XXXX Vs. G6PD

Agak2 korang no. apa kat atas tu?...cepat teka...10 saat dari sekarang....


'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'



Ala senang jer kan...no. IC lah...







Tanggal 101010 ari tuh, cucu parents ku bertambah lagi sorang....bayi lelaki diberi nama Mohamad Akashah....



Saper2 yang lahir pada tanggal tu dan dilahirkan pula di Negeri Selangor, mesti dapat No. IC 101010-10-xxxx kan?....Syok lah...



Anyway...ni lah gambar anak buah aku...





Mohamad Akashah bin Mohamad Zambri



Dalam keterujaan kakak ku menyambut kelahiran anaknyer yang ke lima ni, kami semua dikejutkan dengan satu berita yang tak berapa sedap didengar...



Doktor mengesahkan Baby Akashah Mengidap G6PD Deficiency



Apa itu Kekurangan G6PD atau G6PD Deficiency?


**********************************************




G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.




Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang selalunya dialami oleh bayi lelaki. Para ibubapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak merbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah.




Setiap bayi yang baru dilahirkan, contoh darah meraka akan diambil untuk dianalisis seperti jenis darah, kekurangan G6PD tahap bilirumin dan sebagainya. Selalunya bayi yang mengalami G6PD akan mendapat jaundice (demam kuning) pada hari pertama kelahiran lagi. Jika tahap bilirumin terlau tinggi sehingga tidak dapat diterima oleh bayi, permindahan darah mesti dilakukan. Biasanya darah akan diambil dari bapa bayi tersebut.



Makanan Yang Mudah Menyebabkan Homolisis:-
Kacang Parang (Fava Bean)





Lain-Lain:-
Ubat Herba Chuan Lin
Ubat Herba Ngau Wong
Ubat Gegat (bayi dilarang memakai pakaian yang terdedah kepada ubat gegat atau menghidu ubat gegat)





Penting


Ibubapa kepada bayi atau sesiapa sahaja yang mengalami kekurangan G6PD handaklah memberitahu doktor setiap kali menerima rawatan bagi mengelakkan penggunaan ubatan yang mengandungi agen-agen seperti di atas. Cuba juga elakan diri daripada memasuki kawasan yang diketahui mempunyai unsur-unsur ubat gegat seperti di tandas awam. Pengidap mungkin akan mengalami sesak nafas jika cukup lama menghidu ubat gegat tersebut.


Biasanya apabila meningkat dewasa, seseorang yang mengalami kekurangan enzim G6PD kan dibekalkan dengan "rantai perubatan" yang menandakan pemakainya adalah kekurangan G6PD. Ini boleh membantu jika berlakunya kecemasan di mana pemakainya tidak dapat memberitahu sediri doktor yang merawatnya.



Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria.



Nak baca lebih lanjut kat sini yer...



http://ms.wikipedia.org/wiki/G6PD






**********************************************


Maka dengan itu, kami kena lebih berhati2 terutama biler bersama Baby Akashah, segala pantang larangnyer harus dijaga. InsyaAllah....segalanyer akan OK...
Korang ader pengalaman tak dengan pesakit G6PD ni?...blehlah kasi tips sket...Sharing is Caring kannnnn

4 comments:

*∽ IZAN ∽* said...

perrghhh!! memang cantik tarikhh nih!!! tak senang nak dapat tarikh nih hu hu

Aleyn said...

Kannn...

Zan, sudi2lah join contest aku lak...heheh

mummy_ayu said...

ah ah..cun la tarikh baby tu..
G6PD..adik lelaki Ayu 3org kena..memang kena pantang..
ubat gegat
ubat nyamuk asap tu
kacang parang
anda ada list ubat..doktor kasi..
kalu nak masuk mana mana..
kena tunjuk list tu, sek.contohnya..
emmm...penyakit nie selalu kena kat boy
but carier dia perempuan..
mcm ayu dulu, time dpt Ian takut gak..tapi alhamdulillah tak de...
afctually penyakit nie kalu ikut semua pantang..insyallah..tak de apa apa..adik ayu umur now 24, 22, 16...yg bungsu je tak kena..
ok..sharing is caring..
panjang lak komen..

Aleyn said...

Wow...thanks a lot Ayu for the comment....wah sampai 3 org kena tuh....Alhamdulillah...senang gak nak jaga yer...kena lanjutkan komen u kat kakak I ni...

thanks again