Sunday, August 15, 2010

Di Sebalik Alejandro



Email dari seorang kenalan, renung2kan lah..



****************************************




Assalamualaikum .



Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni .Insya-Allah .Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati .Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release . Banyak kontrevasi tentang video ni .Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak . Yelah video cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah . Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka . Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet . Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..


Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik . Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis di bawah naungan illuminati . Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah ke web ni



http://mistisfiles.blogspot.com/



and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga. Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..


Dalam video terbaru dia . Ada sesuatu yang cuba disampaikan . Ada jalan cerita yang tersembunyi di sebalik lagu yang dinyanyikan . Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu . Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video . Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda .











Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.



"I know that we are young.
And I know you may love me.
But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro."







Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman . Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) . Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart ? Tengok gambar bawah ..Hati yang Lady Gaga pegang tu bukan hati biasa biasa tapi ada paku dan dawai yang dililit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus)..Google untuk baca lebih lagi ..







But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak . Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia . Apa dan siapa Alejandro ?







Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya .















Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang ‘control’ dia . Atau senang kita guna istilah dia adalah ‘mind-control slave’ . Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul betul seperti seorang hamba yang dicontrol segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna .







Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring , memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop, please, just let me go, Alejandro" .Sebaik saja dia sebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya ke langit . Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia .

"She hides true love
En su bolsillo.
She’s got a halo ’round her finger,
Around you."
Maksud lirik ni pulak . A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan .


Selepas sahaja lirik tu ..Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula ..Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri .Dengan memeluk satu spirituality yang baru . Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian (Syaitan) . Kenapa kata jadi paderi Syaitan ?







( Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)


Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas . Ada banyak sangat simbol salib terbalik . Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas . Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan . Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain ., Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..





Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan .




" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (…)Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore ithas no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed."- Manly P. Hall









Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan .



Dont bother me, Dont bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name ,Don't call my name, Bye Fernando .
I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)
Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Di angkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan . Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka .









Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih . Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer . Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer ..










I’m not your babe I’m not your babe , Fernando . Waktu menyebut perkataan Fernando , Gaga membuat simbol tangan macam tu (yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka . Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri . Kita yang kena solve apa makna dia ..








Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia . Gaga menyanyi sambil memandang ke atas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :




" Don't call my name, Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "







Dan di akhir video ..Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula dicontrol ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang di sebalik semua ni ? Siapa ketua ? Anda mampu cari jawapan nya kan ? Insya-Allah pasti .


Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romance.



Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian dengan mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spiritual lain . Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam ?.Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...






Cik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan tak tahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragu dengan diri Gaga , tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga . Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah (Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai .Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan ia hanya lagu) dan pada saat itu , akan jadi ? Ya Allah , lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya . Amin ya rabbalalamin .



sumber asal : vigilant citizen :)



Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati,semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya" (Al-Isra' 17:36)



Saturday, August 14, 2010

GA 2nd Anniversary Mrs Fiza

Contest entry





Nak join? Click Sini






GA sempena sambutan ulangtahun perkahwinan Mrs Fiza dan Hubby yang ke-2





"Semoga Fiza dan Hubby serta anak, beroleh kebahagian sepanjang hayat, Amin"

Saturday, August 7, 2010

Durian Oh Durian!!

Entri kali ini cuma berkisar Durian..Durian dan Durian lagi....kena buat gak..sebelum start posa...karang ader yg terliur plak...hehehe





Tahun ni aku puas sangat melantak durian......puas tahap bleh tolak tepi lah kalau orang offer...or puas tahap bleh pandang jer durian atas pinggan .....

Bukan sekali jer puas tahap gitu...bukan juga 2 kali...tapi 3 kali ...muaahahahaha..


Kaylah...kita citer 1st dulu ek...


** Durian Edisi Office **


Date : 23 Julai 2010 (Jumaat)
Tempat : Of course lah kat Office ..hehhe












Model Durian di Prudential ....hahaha



Ada 3 jenis durian yang dihidangkan...Butter King (Isi sangat sedap...pahit2 manis...just the way i like it).....X024 (pun sedap bangat in its own way...manis, padat...tak tau nak cakap apa)....Musang (the best of all, isi tebal, biji nipis, pahit2 manis...haaahhhh nikmat tak terhingga)



Selain Durian ada gak manggis dan rambutan....



Sedang memerhatikan pembekal mengopak durian....tak sabar nak terkam dah...tapi majlis blom start...hehehe




The Contest

1) Pertanding bukak durian, pemenangnya pompuan melayu kita...pergghh cayalah Kak Suzi...ni mesti terror carik urat durian nih...

2) Pertandingan makan durian, pemenangnya tu yg kat sebelah tu..a chinese guy




Makan time!!!....




Seronok sangat...rasa cam makan kat dusun lak....dapat bawak balik rambutan dan mangis sket untuk Abang dan anak2....Durian dapat bawak balik 2 ulas jerk...hehehe..



Kisah ke-Dua


** Durian Edisi Kampung **




Tarikh : 24 Julai (Sabtu...betul2 sehari lepas melantak durian edisi Ofis)

Tempat : Kampung belah Abang kat Mentakab Pahang










Elok2 sampai jer....salam2 ngan Mak dan kakak Ipar...terus ngadap buah...(enjin keta pun x sempat sejuk)...rupanyer diorang dah siap petik awal2 just to serve kitorang yang antu buah nih......bestnyer ...sayang Mak..









Petang tu...Abang ngan Abang Ipar pun menjalankan projek petik buah lagi...tu tengah dok canang area mana nak serang dulu...









Pokok Dukung....lebat giler buahnyer






Kasi focus sket...manis2 buahnyer...sedap woooo









Rambutan dan dukung...merahnyer lah kan rambutan tuh...









Miqhail pun nak petik gak satu...yg paling merah tu...si kecik ni penggemar rambutan....samalah ngan kakaknyer








Yang ni x bleh petiklah...kena tunggu gugur sendiri kay....tapi geram kan tengok...






Hasilnya.....Macam2 ada....Dukung, Rambutan, Manggis dan of course Duriaaaann!!






Miqhail dah surrender...singgah umah Mak Uda atas bukit...tengok TV plak...


Sempatlah bawak balik 3 plastik besar untuk Mak Abah, Kakak dan bawak gi Office ...





** Durian Edisi Tepi Jalan **


Date : 30 Julai 2010 (Jumaat)
Tempat : Tepi jalan area Dengkil....sebelah restoran Malee Tomyam..





Time ni lah seumur hidup aku makan durian sambil mencangkung kat tepi jalan...ekekeke...hilang dah kesopanan dan kesusilaan bila tengok durian...nak nak plak ada orang belanjer...pergghh tahap tak ingat dunia lah makan .....









Kitorang dok melantak ni lepas lunch kat Malee tomyam...seb baik ader ruang lagi nak isi durian plak....Thanks Sham (pretty indian lady in orange) sebab belanja kitorang....next durian season kita serang uncle ni lagi ek....ekekeke









Saper yg kaya...uncle ni gak yg kaya.....hahahah...tapi memang puas hatilah ....sedap2 dan gomok2 duriannyer.....6 biji licin dimakan dek kitorang berlima...perrggghhh...bleh tahan minah2 durian ni..






Time ni pace dah slow sket......tu yg bleh buat peace sign tu...kalau tidak tak sedar pun orang keliling.....hehehe...memang antu durian tol lah ko ni Aleyn...





Antu2 durian yang lain....Malar






Kak Ti...pun antu gak...tengoklah betapa khusyuknyer dia menikmati durian itew...perasan tak kegemukkan durian yang Malar tengah amik tu....fullamak...memang heavenlah...

Kitorang balik office dengan hati yang berbunga2 dan perut yang panassss....hahahaha...



Kesimpulannya....tahun ni aku puas makan durian..tapi kalau ada nak lagi...heheh

Friday, August 6, 2010

Selamat Pemyambut Ramadhan Al-Mubarak



* Dalam KESAKITAN teruji KESABARAN *

* Dalam PERJUANGAN teruji KEIKHLASAN *

* Dalam UKHWAH teruji KETULUSAN *

* Dalam TAWAKKAL teruji KEYAKINAN *


Hidup ini amat indah jika segalanya kerana Allah


"SELAMAT MENUNAIKAN FADHU RAMADHAN!"

"CUTIEST Stripe & Line Contest"

Contest Entry

This time from Mama Rifqi





Gambar yang dipertaruhkan


Nama : Miqhail
Umur : 2 Tahun 8 bulan