Saturday, August 28, 2010

Settle dah Pengesahan Aina ke Standard 1

Alhamdulillah, Aina dah diterima masuk ke SRK Subang Bestari...the nearest to home....senang nak menjenguk nanti...eceh..macamlah tak kerja bleh jenguk anak selalu...huhu



Surat pengesahan





Anyway...saat membuat pengesahan tu, perasaan lain macam rasa....dah besar tol anak Mama...dah nak masuk standard 1...betul ke nih....satu lagi fasa perubahan di dalam hidup ku...masih jelas memori melahirkannyer 6 tahun dulu...begitu cepat masa berlalu...





Gambar berikut diambil semasa proses pengesahan last week..




Landscape yang sedang dalam pembikinan..siap ader replika rokok untuk kempen 'Tak Nak' tu..betul2 di depan bangunan sekolah...mesti cantik biler siap nanti




Fail pelajar Aina


Sambil tunggu Abang dok isi fail Aina, snap lagi landscape sekitar kawasan sekolah...suka tengok ...yer lah untuk kebaikan anak kita jugak nanti, sekolah yang bersih bakal menghasilkan pelajar yang berkualiti..(moto buat sendiri)..heheh











Tempat ni wajib kena survey...wajib kena bersih...


The toilet...oklah..ader pokok and not smelly...bersih


Apa yang pasti, Mama dan Abah akan memberikan yang terbaik buat Aina, Mama akan selalu meneliti perkembangan pelajaran Aina....walau sesibuk mana Mama dan Abah..you can always count on us dear...100%..

Friday, August 27, 2010

Megahasz Giveaway #3/2010

A GA Entry






Wanna join, click HERE

Saya nak menang buku Wardina: Mama Saya Lapar di http://megahasz.blogspot.com/

Pos Malaysia perkenalkan POS Insurans RAYA

Wah, sekarang POS Malaysia pun dah buat insuran, sangat berpatutan lah premiumnyer.. Sum Insured pun tinggi....

Maklumat daripada kenalan melalui Email Forwarding...baca yer..

*********************************************************

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia untuk semua,

Pos Malaysia, dengan penuh rasa prihatin telah melancarkan skim Pos Insurans Raya pada 16 Ogos 2010, satu-satunya skim perlindungan kemalangan diri yang diperkenalkan khas di musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang mampu dibeli oleh semua golongan masyarakat di Malaysia.

Orang ramai yang akan pulang berhari hari raya di kampung termasuk warga Pos Malaysia digalakkan untuk membeli Pos Insurans Raya kerana dengan bayaran hanya serendah RM6 untuk Individu dan RM20 untuk Keluarga, anda sekeluarga akan dilindungi 24 jam sehari sehingga RM20,000 untuk individu dan RM100,000 untuk keluarga.




Untuk maklumat lanjut bleh klik SINI

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YG KE 53






SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA !!!







*****************************************



Nak citer sket...



Setiap kali Merdeka mesti kitorang dok buat gathering kat umah Mak Abah...hehehe...patriotik tak?...



Actualy kitorang gather untuk sambut Birthday Mak yang jatuh pada 31 Ogos...tahun ni Mak berumur 57 tahun. Semoga Mak dan Malaysia sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah S.W.T, amin






Wednesday, August 25, 2010

Nuzul Al-Quran : Erti :: Peristiwa :: Satu Kebetulan


Erti/Pengenalan :

Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Membaca al-Quran serta menghayati Dan mengamalkannya adalah satu ibadat.
Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’.
Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir.


CARA AL-QURAN (WAHYU) DITURUNKAN
‘Aishah isteri Rasulullah s.a.w. Meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.

Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Pernah bertanya kepada Baginda bagaimana Wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab,”Kadang-kadang wahyu datang kepada-Ku dengan gema (desingan) loceng Dan ini amat berat bagi-Ku, Dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-Ku. Kadang IA datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-Ku merupai lelaki, bercakap dengan-Ku Dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-Ku.


Peristiwa : Perang Badar Dan Nuzul al-Quran

Dua peristiwa besar dalam Islam yang berlaku pada 17 Ramadan ialah nuzul al-Quran dan peperangan badar.

Ketika Nabi Muhammad S.A.W sedang tidur, baginda didatangi Jibrail yang memintanya membaca. "Bacalah! Namun, Nabi Muhammad SAW menjawab: Apa akan ku baca (wa ma aqra'?)" Sebaik sahaja mendengar jawapan Nabi Muhammad SAW, Jibrail terus memeluk baginda dengan kuat sehingga baginda sukar untuk bernafas. Kemudian baginda dilepaskan lalu disuruh lagi: "Bacalah! Nabi Muhammad masih menjawab: Apa akan ku baca?" Lalu Jibrail menarik dan memeluknya sekali lagi. Perkara ini berterusan sehingga beberapa kali. Lalu Jibrail melepaskan Nabi Muhammad SAW dan seterusnya membacakan lima ayat pertama dari surah al-Alaq. Selepas itu, barulah Jibrail pergi dari situ dan nabi segera terjaga dari tidurnya. Lima ayat pertama dari surah al-Alaq inilah yang pertama diturunkan kepada baginda SAW. Lima ayat ini jugalah yang mempunyai kaitan langsung dengan peristiwa nuzul al-Quran.

Apa pula kaitan antara nuzul al-Quran dengan peperangan Badar?
Ulama menyepakati bahawa nuzul al-Quran berlaku pada hari Isnin. Jika ditinjau pandangan Ibn Kathir, kita akan dapati bahawa persepakatan ini disandarkan kepada sabda Nabi Muhammad SAW sendiri ketika ditanya tentang puasa pada hari Isnin. Baginda mengatakan bahawa baginda dilahirkan pada hari Isnin dan al-Quran juga diturunkan kepadanya pada hari Isnin. Namun masih terdapat perselisihan pendapat dari segi tarikh dan bulan berlakunya peristiwa tersebut.
Terdapat ayat di dalam kitab Al-Quran yang digunakan sebagai bukti bahawa peristiwa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan. Antaranya ialah ayat 41 surah al-Anfal.
Menariknya ialah, ayat ini tidak hanya menentukan bulan berlakunya peristiwa tersebut. Bahkan ia juga turut mendedahkan tarikh berlakunya peristiwa nuzul al-Quran itu sendiri.
Ini boleh difahami menerusi maksud ayat tersebut iaitu ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil, jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami Muhammad di hari Furqan iaitu hari bertemunya dua pasukan.
Apa yang dimaksudkan dengan hari bertemunya dua pasukan di sini ialah pertemuan antara orang Islam dan orang kafir dalam peperangan Badar yang berlaku pada 17 Ramadan.

Walau bagaimanapun, baik nuzul al-Quran mahupun peperangan Badar, kedua-duanya adalah peristiwa besar dalam sejarah Islam. Nuzul al-Quran menjadi titik tolak kepada pelantikan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah untuk membawa risalah Islam.
Peperangan Badar pula mencerminkan kekuatan pihak Islam hanya dalam tempoh lebih kurang dua tahun selepas mereka meninggalkan kota Mekah untuk berhijrah ke Madinah.


Satu Kebetulan : 2 Bulan Kelihatan pada 27 Ogos 2010

27 Ogos, tarikh yang dinanti seluruh dunia.............
Planet Marikh akan menjadi paling cerah di langit malam bermula Ogos. Di mata kasar ia bakal kelihatan seperti bulan penuh pada 12.30am 27 Ogos 2010.

Sekali lagi Marikh akan datang begini dekat dengan bumi adalah pada 2287

"NO ONE ALIVE TODAY will ever see it again."





Marilah kita saksikan KEBESARAN Allah S.W.T ini. Semoga kita lebih bertaqwa, Amin

Peringatan :

31 Ogos, bermulanyer 10 malam terakhir Ramadhan, mari kita tingkatkan ibadat, semoga Allah menemukan kita dengan malam seribu rahmat, Malam Lailatul Qadar, InsyaAllah





Monday, August 23, 2010

News Fresh from the Oven

Design 50 bank note yang baru oleh Bank Negara..

Agak2 raya ni sempat tak buat duit raya...hehehe







Wall Deco for Raya

Let's Start Decorating for Raya!!!





Hehehe...actualy this was not done recently....just wanted to share our 1st experience in wall deco using that famous Wall Sticker






Looking at the children's room, they were a bit downright boring with no painting on the wall what so ever. Yup quite dull i suppose. So..to make things look nicer and somewhat lively.....hahah..we had this worked on with the help from my younger sister Liza, "thanks sis".




1st, cleanse the wall, sponge is very suitable for this task.




The 1st sticker coming up....get it right and centered ok, sis





Ehem2...1st flower...oh ya..this is Aina's room. So of course there are flowers...hehehe




Wah...at this point Aina was feeling super excited...
Liza was observing the arrangement from the sample shown in the user guide






It's Done!!!...Yippieee...ain't it nice?....i like..



Miqhail's room's turn....



This one quite hassle to peel off coz got a few small branches ...heheh...see the monkey's tail...full concentration needed there...huhu


I let Aina helped out on the easy part...



Miqhail too...hehe...after all it's his room right...








There...all done..



After all the vigorous efforts, the children are still sleeping with mom n dad...huhu..

Got a few more plans for their room though...will work on it phase by phase...heheh

Thursday, August 19, 2010

Jom Beli Barang Raya@Putrajaya (Jualan Terus Dari Kilang)

Hier yee..Hier yee!!



Peluang baik kepada mereka yang masih belum melakukan persiapan untuk ‘shopping’ sempena hari raya nanti. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan Program

Jom Beli Barang Raya@Putrajaya
(Jualan Terus Dari Kilang).

Pelbagai barangan keperluan sempena Hari Raya dan barangan berjenama ada dijual pada harga yang istimewa dan mampu menepati citarasa dan keperluan individu.

Antara jenama-jenama produk yang dijual dalam jualan terus dari kilang ni adalah Nike, Adidas, New Balance, Decellini, Arnold Palmer, Van Heusen, Polo Club, Snails, Jeep, Bebe Homes, Colours, Polka Dots, Disney Pooh, Baby looney Tunes, Panasonic, Bill Keith, Camel, Larrie, Crocodile, Nokia, Samsung, Nikon, Sony dan banyak lagi.

Jom Beli Barang Raya@Putrajaya (Jualan Terus Dari Kilang) akan di adakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh : 25 Ogos hingga 29 Ogos 2010 (Rabu hingga Ahad)
Masa : 10 pagi hingga 10 malam
Tempat : Presint 2, Putrajaya (Berhadapan Bazaar Ramadan)


Sehubungan dengan itu, dalam usaha menjayakan penganjuran acara ini orang ramai dijemput untuk berkunjung ke tapak program sepanjang tempoh berlangsungnya acara tersebut.

***********************
Apa lagi kengkawan, jom kita serbu Putrajaya next week...!!!
Note : shopping shopping gak...tapi jangan lupa tengok tarikh kat tag...(peringatan untuk diri sendiri..hehe)

Wednesday, August 18, 2010

Jualan Murah - Satu Peringatan



Perbandingan harga yang agak 'melampau' sebelum dan selepas jualan promosi. Perhatikan tarikh yang tertera pada kedua-dua label.


MUKADIMAH:JUALAN murah, harga runtuh, tawaran potongan harga 50% hingga 80%, di pusat membeli-belah sering mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pengguna terutamanya golongan wanita yang gemar berbelanja sakan.

Persoalannya adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan?.

PETALING JAYA: Sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80%, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20.
Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Ogos 2009 sementara label dengan harga RM455 - yang kononnya harga asal - tertera tarikh 22 Julai 2010.

Kesimpulannya ialah, pengguna ditipu oleh pihak penjual yang tidak bertangggungjawab kononnya mereka menerima harga diskaun yang sangat menarik sedangkan pembeli membayar harga asal produk yang dijual itu.

Bayangkan keuntungan yang diperoleh peniaga sekiranya taktik serupa dilakukan setiap kali promosi jualan. Penipuan licik seperti itu didalangi oleh pusat membeli-belah terkenal, bukannnya gerai di pasar malam atau di tepi-tepi jalan.

Seorang pengguna prihatin, Khairul Nizam Abd Maulud, 34, tampil mendedahkan perkara tersebut kepada Mingguan Mstar baru-baru ini.

Beliau yang juga pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi berkata, di sinilah pentingnya ilmu kepenggunaan, kerana ia dapat membantu pengguna membuat penilaian terhadap kesahihan harga sesuatu produk sebelum dan ketika promosi jualan murah diadakan.

"Membaca label dan tag harga adalah penting, tapi pengguna sering mengabaikannya. Inilah yang selalu menjadi punca kepada penipuan tanda harga. Sikap tidak suka membaca tag harga pada produk perlu dikikis, kita perlu jadi pengguna yang berhemah, biar kita jadi pengguna yang ‘alah membeli menang memakai’.

"Ini tidak pantang ternampak iklan jualan murah kita pasti akan ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli-belah. Kita harus membuang sikap sedemikian, sebaliknya kita perlu membeli barangan yang dirasakan perlu dan jangan membazir dalam berbelanja, barulah kita boleh menjadi pengguna yang berhemah," katanya.
*************************************************************************
So kawan2, jom lepas ni kita telek tanda rega sebelum beli yer...naik berpinor biji mata pun sanggup...janji x kena tipu hidup2...
note : sebelum ni telek gak tapi tengok rega jer...

:: ~..Here I Come..~ 1st Anniversary Giveaway!! ::

A GA Entry




Click HERE to join

I wanna tag

1) http://miszmaliana.blogspot.com/

2) http://nottinettii.blogspot.com/

CONTEST MaMa3H: Si Comel Manis Berbaju Kurung / Berbaju Melayu

A Contest Entry




Click HERE to join


My little hero in Baju Melayu

Name : Miqhail
Age : 2 years 9 months

CONTEST SAYA DAN BABY oleh Cik Awynn

Another Contest Entry









Click HERE to join





Gambar me n my baby Miqhail (2 tahun 9 bulan)




Nak tag kat





ummi faris haikal GIVEAWAY



Another Contest Entry

Click HERE to join

Monday, August 16, 2010

Mesin Raya!!

Raya tahun ni ada 1 benda besar jer yg berganti... ngeh..ngeh...ngeh



Mesin Basuh... Hehehe...



Bukan sengaja nak tukar tau...tapi memang dah time ...mesin lama dah betul2 down....tahap x leh nak pusing dah...dok gegar jer...



Namun jasanyer tetap ku kenang...maklumlah dah berjasa dan berkhidmat dengan kami selama 7 tahun....(semenjak kawin la katakan)...sebelum tu pun Abang yg dok pakai time bujang...



Anyway... Mesin lama kami tu jenis Separa auto ....6.5KG, Mesin baru pula full auto ...14Kg



Ni nak citer sket perbezaan antara keduanyer...



1. Mesin lama x byk punat nak tekan ...x der pun actualy...masuk kain dan putar sajer, mesin baru punyalah byk punat utk ditekan...mula2 tu lama gaklah mentelaah buku manual..dan cuba tekan itu dan ini...experiment dengan berbagai jenis kain lagi..hik2...(tapi sekarang dah ok dah..dah pas)



2. Mesin lama bunyinyer bleh tahan...kira bleh dengarlah sampai ke ruang tamu...hehehe, mesin baru bapak senyap...langsung x dengar lepas 5 tapak...mula2 tu musykil gak..benda alah ni gerak ke tak?....(confirm gerak tapi ada kalis bunyi..heheh)



3) Mesin lama x bleh masuk kain sembarangan...sebab x der option utk basuhan sensitif, mesin baru ada ...punat 'Premium Hand Wash'...lepas ni x yah nak basuh tangan untuk baju2 yg banyak manik ker ..apa ker...(confirm sebab dah test..hehe)



4) Dah nama pun separa auto...setiap stage kita kena monitor...abih wash, kena bilas, abih bilas kena angkut kain2 yg basah tu ke sebelah utk dispin...time ni yg sakit jiwa ..nak2 plak bila ader kain yg bertali ...puas plak nak menanggal lilitan dia kat kain2 yg lain...ya ampunnnn, mesin baru...masuk kain...tekan mana2 yg patut...Start..dan tunggu jer sampai dia berbunyi...settle



5) Hasil basuhan mesin lama kainnyer jadik agak keras sedikit...ni abang yg perasan...tapi basuhan dgn mesin baru, kainnyer lembut jer....katanyer



6) Mesin lama tahan lasak...i mean tak der part2 yg sensitif...anak dok tendang ker panjat ker..dok bukak tutup banyak kali ker...steady jer dia...(7 tahun tuhhhh), mesin baru agak fragile...heheh...sumer kena jaga...especialy bab punat2 dia...x bleh main tekan sebarangan...sekali rosak upah repair dah lebih kurang rega mesin tau..salesman tu cakap...kira macam mother board dia lah tuh....huiishhh...seb baik ader punat child lock...hehe..



7) Tempoh basuhan mesin lama lebih cepat daripada mesin baru...kalau guna mesin lama, paling lama pun 30 minit..siap dah, tapi mesin baru...paling cepat 1 jam



8) Akhir sekali...hasil spin daripada mesin lama lebih kering daripada mesin baru...walaupun dah pilih option utk spin 3 kali


Kepada sesaper yg pernah menggunakan kedua-dua jenis...betul tak penelitian saya?

Mesin basuh ku dalam kenangan...










Ni lah mesin basuh baru











So moralnyer di sini...setiap benda itu ada pro n cons nyer...walaupun begitu, aku bersyukur sebab sekarang dah bleh basuh toto guna mesin basuh...yeeaaaayyy

Next target...nak carik mesin pengering baju plak...sangat convinient...baju kotor masuk..kuar terus bleh lipat..pergghhh...tinggal nak tunggu org cipta mesin lipat kain lak...dah ada ker?

Sunday, August 15, 2010

Ada apa dengan 2 Ringgit?

Zaman sekarang ni, apa yang boleh dibeli dengan RM2?...kalau setakat gi Bazar Ramadhan tu 2rm cuma dapat kuih muih dalam 5 biji...murtabak pun sekarang paling murah dah 2.5rm...hai..

Tapikan kat Seksyen 7 Shah Alam, ...ader kedai makan yang menjamu umat islam berbuka puasa dengan hanya RM2....yup..macam tak percayakan...percayalah...

Rupa2 nyer masih ader lagi hamba Allah yang sangat bermurah hati ...tapi apa yang dihidangkan dengan rm2?...

Dengan hanya RM2, pelanggan boleh menikmati nasi putih dengan tiga atau empat jenis lauk dan segelas air. ...konsep ala buffet lagi....pergghhh...


Syaratnya, pelanggan perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara Malaysia. Nama kedai pun

'Malaysia Negaraku'.




Antara tujuan utama penubuhan restoran ini adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang amalan kebersihan serta semangat cintakan negara. Wahhh..Patriotik gitu
Datuk Zainal Abidin Awang Kechik pemilik restoran ni...



Lauk pauk masih menyelerakan walupun dengan hanya RM2



Antara pelanggan yang berbuka dengan RM2....sangat jimat bukan?

Satu lagi yang unik pasal restoran ni...pelanggan diwajibkan membasuh pinggan dan apa sajer utensil yang digunakan...kira macam kita kecik2 dulu..Mak selalu cakap.."basuh pinggan lepas makan"...hahah..



Abang, kakak sekelian, sila basuh pinggan sendiri yer, terima kasih....heheh



Bacalah selanjutnyer di sini yer


Amacam? jom kita serbu....

Di Sebalik Alejandro



Email dari seorang kenalan, renung2kan lah..



****************************************




Assalamualaikum .



Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni .Insya-Allah .Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati .Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release . Banyak kontrevasi tentang video ni .Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak . Yelah video cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah . Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka . Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet . Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..


Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik . Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis di bawah naungan illuminati . Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah ke web ni



http://mistisfiles.blogspot.com/



and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga. Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..


Dalam video terbaru dia . Ada sesuatu yang cuba disampaikan . Ada jalan cerita yang tersembunyi di sebalik lagu yang dinyanyikan . Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu . Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video . Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda .











Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.



"I know that we are young.
And I know you may love me.
But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro."







Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman . Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) . Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart ? Tengok gambar bawah ..Hati yang Lady Gaga pegang tu bukan hati biasa biasa tapi ada paku dan dawai yang dililit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus)..Google untuk baca lebih lagi ..







But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak . Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia . Apa dan siapa Alejandro ?







Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya .















Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang ‘control’ dia . Atau senang kita guna istilah dia adalah ‘mind-control slave’ . Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul betul seperti seorang hamba yang dicontrol segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna .







Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring , memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop, please, just let me go, Alejandro" .Sebaik saja dia sebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya ke langit . Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia .

"She hides true love
En su bolsillo.
She’s got a halo ’round her finger,
Around you."
Maksud lirik ni pulak . A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan .


Selepas sahaja lirik tu ..Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula ..Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri .Dengan memeluk satu spirituality yang baru . Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian (Syaitan) . Kenapa kata jadi paderi Syaitan ?







( Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)


Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas . Ada banyak sangat simbol salib terbalik . Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas . Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan . Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain ., Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..





Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan .




" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (…)Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore ithas no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed."- Manly P. Hall









Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan .



Dont bother me, Dont bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name ,Don't call my name, Bye Fernando .
I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)
Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Di angkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan . Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka .









Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih . Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer . Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer ..










I’m not your babe I’m not your babe , Fernando . Waktu menyebut perkataan Fernando , Gaga membuat simbol tangan macam tu (yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka . Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri . Kita yang kena solve apa makna dia ..








Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia . Gaga menyanyi sambil memandang ke atas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :




" Don't call my name, Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "







Dan di akhir video ..Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula dicontrol ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang di sebalik semua ni ? Siapa ketua ? Anda mampu cari jawapan nya kan ? Insya-Allah pasti .


Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romance.



Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian dengan mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spiritual lain . Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam ?.Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...






Cik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan tak tahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragu dengan diri Gaga , tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga . Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah (Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai .Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan ia hanya lagu) dan pada saat itu , akan jadi ? Ya Allah , lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya . Amin ya rabbalalamin .



sumber asal : vigilant citizen :)



Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati,semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya" (Al-Isra' 17:36)