Perbandingan harga yang agak 'melampau' sebelum dan selepas jualan promosi. Perhatikan tarikh yang tertera pada kedua-dua label.
MUKADIMAH:JUALAN murah, harga runtuh, tawaran potongan harga 50% hingga 80%, di pusat membeli-belah sering mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pengguna terutamanya golongan wanita yang gemar berbelanja sakan.
Persoalannya adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan?.
PETALING JAYA: Sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80%, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20.
Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Ogos 2009 sementara label dengan harga RM455 - yang kononnya harga asal - tertera tarikh 22 Julai 2010.
Kesimpulannya ialah, pengguna ditipu oleh pihak penjual yang tidak bertangggungjawab kononnya mereka menerima harga diskaun yang sangat menarik sedangkan pembeli membayar harga asal produk yang dijual itu.
Bayangkan keuntungan yang diperoleh peniaga sekiranya taktik serupa dilakukan setiap kali promosi jualan. Penipuan licik seperti itu didalangi oleh pusat membeli-belah terkenal, bukannnya gerai di pasar malam atau di tepi-tepi jalan.
Seorang pengguna prihatin, Khairul Nizam Abd Maulud, 34, tampil mendedahkan perkara tersebut kepada Mingguan Mstar baru-baru ini.
Beliau yang juga pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi berkata, di sinilah pentingnya ilmu kepenggunaan, kerana ia dapat membantu pengguna membuat penilaian terhadap kesahihan harga sesuatu produk sebelum dan ketika promosi jualan murah diadakan.
"Membaca label dan tag harga adalah penting, tapi pengguna sering mengabaikannya. Inilah yang selalu menjadi punca kepada penipuan tanda harga. Sikap tidak suka membaca tag harga pada produk perlu dikikis, kita perlu jadi pengguna yang berhemah, biar kita jadi pengguna yang ‘alah membeli menang memakai’.
"Ini tidak pantang ternampak iklan jualan murah kita pasti akan ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli-belah. Kita harus membuang sikap sedemikian, sebaliknya kita perlu membeli barangan yang dirasakan perlu dan jangan membazir dalam berbelanja, barulah kita boleh menjadi pengguna yang berhemah," katanya.
*************************************************************************
So kawan2, jom lepas ni kita telek tanda rega sebelum beli yer...naik berpinor biji mata pun sanggup...janji x kena tipu hidup2...
note : sebelum ni telek gak tapi tengok rega jer...
6 comments:
isk betul2 la i ni slalu beli je jarang nak telek bebetul thanks for sharing lepas ni kene tgk bebetul la..
cheesh!!! haish dah jual gila mahal pun still nak buat untung jugak barang2 stock lama hish! thanx for the reminder kak aleyn :) ramadhan kareem.
Bagus info ni Aleyn.... lepas ni kena hati-hati skett.. isk isk iskk
Lady,
Kita ni memang dok beli jer..pantang dengar jualan murah kan...berdesup jer rembat, lepas ni memang kena berhemah...
Zaki,
Kan ...dasar peniaga penipu!!!...huhhh marah ni
Zan,
Tu lah Zan, lepas ni aku akan cek segala benda aku beli...tak sanggup ditipu hidup2
Post a Comment