Friday, January 1, 2010

Farewell 2009, Welcome 2010





Happy New Year Everyone!!!

2009 meninggalkan banyak kenangan manis dan ader juga yg suam2 kuku…hehehehe…meh kita imbau balik sepanjang 2009 yer…


1. Aku mula berblogging - Januari

Dan inilah hasilnyer, blog kesayangan ku sebagai tempat ku coretkan kisah suka duka hidup ku, kini dan selamanyer




2. Persaraan Abah - February
Setelah berpenat lelah membesar dan menanggung kami 8 beradik, akhirnye Abah bleh berehat dan bersenang lenang bersama ibu sekarang. Alhamdulillah





3. Bermulanyer Pendamic H1N1 di seluruh dunia – March
Sesuatu yang amat membimbangkan, sehingga kini aku masih takut dan masih mengamalkan langkah2 pencegahan, Hand Sanitizer masih setia berada di dalam handbag ku. Semoga Allah S.W.T melenyapkan wabak itu daripada muka bumi ini, Amin.






4. Perpindahanku ke Prudential Services Asia, Cyber It Hub – April
Hampir 11 tahun bekerja, dan setelah 4 kali pindah majikan, kini aku gembira dengan tugasku sebagai ‘Lead Sytem Administrator’. Ruang lingkup tugas dan tanggungjawab of course makin besar namun so far aku berpuas hati. No more Cracking Head with Coding or PC Troubleshooting!!…Yahoooo!!



IJM

ke



5. Pembukaan Kedai Online ku yang pertama – Mei
Kolesi Tudung Aneka Jenis’, dibuka dan dirasmikan oleh aku sendiri…heheh..pada tanggal 18 Mei 2009 (hari lahirku yang ke-33)








6. Aku mula berfacebooking - Mei
And thanks to it, aku dapat bertanya khabar dan berutus status dengan member2 sekolah rendah, menengah, ITM, UTM, Malaysia Nippon, Nitto dan IJM…Alhamdulillah….terubat rindu…




7. Birthday Abang ke 33, 090909 - September
Tarikh yang cantik bangat….harus masuk list ni…hehehhe





8. Perpindahan parents ku dari Taman Sri Muda ke Puncak Alam - Oktober
New Home Sweet Home for my folks….Bigger and teramat sesuai dibuat family gathering…heheh




Rumah Lama


Rumah Baru












9. Pembukaan Kedai Online ku yang kedua – November
"Idaz Little Bakery", ader kek dan cup cake, sedia untuk tempahan..(ayat nak promote)…ekekek





10. Kelahiran Anak Buah ku – Disember
Cucu Mak Abah dan cicit Atuk yang ke 12 telah selamat dilahirkan ke dunia pada 10 Zulhijjah (Raya Aji). Diberi nama Izran Hakimi.





Phiuhh….ni lah hasil saringan peristiwa sepanjang tahun yer…just to name a few….banyak lagi sebenornyer…tapi tak yah citer lah….summer ader dalam archive ok…





***************************************

Antara kedukaan dan peristiwa sedih yang amat aku rasai tahun 2009 adalah berita tentang penyakit salah seorang anak buahku yang tersayang, beliau disahkan menghidap jantung berlubang dan sistem pendengaran yang kurang sempurna. Satu tamparan hebat buat saudara terdekat ku itu. Masih di dalam umur yang sangat kecil dan terpaksa berulang alik ke IJN oleh ibunyer yang gigih setiap bulan, diperiksa dan terkadang diberi suntikan khas bagi mengekang penyakit lain daripada memasuki tubuhnyer.

Dijadualkan untuk menjalani pembedahan pada bulan ini. Dengan jutaan doa dan harapan aku tujukan buat saudaraku itu semoga dia dan suami cekal dan kuat semangat dalam menempuh dugaan ini. Semoga Allah S.W.T melindungi anak buahku itu dan memberikan kesihatan yang sempurna supaya beliau mampu membesar sihat dan cerdas, Amin Yarabbal Alamin.

***************************************





Tahun 2010 juga merupakan tahun terakhir anakku Aina dalam Fasa Pertama Kehidupannya…..aku merujuk kepada satu pedoman mendidik anak yang diriwayatkan oleh Ali Bin Abi Thalib (sahabat Rasulullah SAW), yang bunyinya kira2 seperti ini

"7 tahun pertama dari usia anakmu, bermainlah kamu dengannya,
7 tahun kedua dari usia anakmu, didiklah dia,
7 tahun ketiga dari usia anakmu, bertemanlah dengannya,
dan mulai 7 tahun keempat dari usia anakmu, perlakukanlah dia sebagai manusia dewasa"

Masa bermain hampir tamat yer anak Mama…..next year Aina dah kena Concentrate Study lak….semoga anak Mama membesar dengan limpahan kejayaan dunia dan akhirat, InsyaAllah


Azam tahun baru….

* Mengajar Aina mengaji Muqaddam
* Memperluaskan bisnes

Di samping terus menjadi isteri dan ibu terbaik buat suami dan anak2

InsyaAllah



Akhir kata :

“Selamat Menyambut tahun baru 2010 kepada semua Bloggers dan Blog Readers!!”

Marilah kita membuka lebaran baru dengan azam dan semangat yang kuat untuk membina hidup yang lebih sejahtera di samping keluarga tercinta

Semoga Allah S.W.T memberkati dan mempermudahkan segala urusan, Amin


Demikian coretanku