Tarikh : 8 Jan 2010 (Jumaat)
Masa : 4.30pm
Tempat : IJN
Pertama kali datang ke
IJN, sesuatu yang hendak dijauhi sebenornyer (
unless u r the doc)…tapi apakan daya…datang dengan harapan semoga anak sedara telah selamat menjalani prosedur rawatan bagi pengubati
penyakit jantung berlubangnya.
Aku pergi dengan
Mak Abah, Kakak sulungku dan 2 orang adikku….setiba di sana, kami terus menuju ke Wad Melur di tingkat 5. Perasaan agak risau memikirkan keadaan anak sedara ku itu, walaupun prosedur sudah selesai 2 jam yang lalu. Namun perkhabaran beritanya masih menjadi tanda tanya….
Wajah ceria adik ku menyambut kedatangan kami, dari sinar wajahnya ku dapat mengagak bahawa prosedur telah berjalan seperti dirancang dan berjaya.
Alhamdulillah…tepat sangkaan ku..
Adik memberitahu bahawasanya pembedahan ke atas anaknyer telah dicancel…(
apa cancel in malay ek?..lupa lak) dan digantikan dengan hanya prosedur memasukkan tiub dari celah peha hingga ke dinding jantung. Sesampai di kawasan di mana dipercayai terdapat lubang, tiub itu akan
mengembang dan menutupi lubang berkenaan. Terdapat
2 lubang yang harus ditutupi dan kedua-duanya berjaya.
Adik masih perlu membawa anak untuk rawatan susulan selepas ini bagi memastikan prosedur benar2 berjaya dan dapat kekal selamanyer. InsyaAllah…
Semoga anak buahku Arida, cepat sembuh dan dapat membesar dengan sihat dan cerdas, Amin…
Layan gambar ek...
Baru nak bertolak, kitorang berkumpul di rumah kakak...naik satu Alphard...1st time naik Alphard...cam jakun pun ader...rasa cam naik bas lak..ahaks
Sempat posing lagi tuh...wakaka.JPG)
Setiba di IJN...seb baik senang dapat parking..dah lah keta besar gedabak
Suruh Mak posing jap
Snap deco dlm bangunan jap...nice kan
Cantikkan wall deco dier...
Ni rupa ceiling dier...nice ader banyak burung berterbangan gitu
Mak abah tengah tunggu sementara kitorang tanyakan no. bilik
Tu dia, anak buahku...sedang lena tidur...mula2 tengok terkejut gak..ingatkan doc tak bedah lagi..sebab nampak dada ok jer...lepas adik citer ..baru tau....tapi kesian tengok dia dikelilingi tiub2 tu sumer...
Close up sket
Ibu dan anak, jelas terpampang wajah lega adikku
Adikku menceritakan perihal operation yg tak jadik tuh...Alhamdulillah lega nyer dengar everything went well
Tiap kali datang hospital, mata mesti nak ke arah monitor ni...takut flat liner...hehehhe...
Kitorang datang bising2 sampai Arida terjaga terus
Kucupan sayang dari Mak Anjang, Arida cepat sembuh yer
Adik puas menjaga tangan anaknyer...takut tercabut plak tiub tu kang...
Kitorang stay dalam 3o minit, pastu kitorang turun makan petang dan terus balik...takut terperangkap dalam jem...tapi akhirnyer kena gak...huhuhu
On the way balik, nampak ni...what's the big commotion over there...rupanyer IJN ader buat majlis utk staffnyer...nampak staff nurse baling bola n doc masuk perigi ...wakaka...kelakar
Adik sempat posing sebelum balikBuat Adik,
Semoga tabah menghadapi dugaan yang mendatang dan kuatkan semangat demi kesejahteraan anakmu
*****
Buat anak buahku Arida,
Semoga cepat sembuh dan membesar sihat, dan ingatlah jasa dan pengorbanan kedua ibu bapamu
Sekian