Salam Ramadhan,
Mesti sumer bloggers ader akaun FB kan?...namun setakat mana obsess uoll dengan FaceBooking? ader tak macam petikan di bawah ni...
**************************************
PETIKAN : KETAGIH FACEBOOK
"Sayang, abang balik. Lapar ni, boleh siapkan makan?" Tanya Ali kepada
isteri yang sedang berada di bilik.
"Kejap, bang. Sayang tengah bagi ‘kambing’ makan ni." Jawab Aminah, sambil
terus melayan ternakan virtual dalam facebook, permainan yang digilai ramai
orang,
"Kambing bodoh tu bagi makan, suami lapar kena tunggu pulak?" Leter suami
yang setiap hari menahan sabar dengan sikap isteri yg melekat dengan
facebook.
Sejam kemudian aminah pergi ke dapur. Didapatinya pinggan bekas makan suami
dalam sinki dan sebuah kuali di atas dapur. Suami, seperti biasa,
menggoreng sendiri telur untuk dijadikan lauk kerana tidak dapat menahan
lapar menunggu hidangan isteri.
"Mama, tolong Amar buat karangan ni. " Rayu Amar kepada ibunya, Aminah
malam itu.
"Amar buat dulu. Kejap lagi mama datang." Jawab ibunya. Aminah masih
meneruskan hobi melayan kawan2 lama dalam facebook.
Dua jam kemudian, selepas Aminah menutup komputer didapatinya Amar sudah
tertidur menangkup atas buku tulis dengan pensel di tangan. Karangannya
tidak habis ditulis. Terlalu lama menunggu mama yang tidak kunjung datang
membantu.
*******************************************
Aminah adalah salah seorang dari jutaan manusia yang menjadi mangsa
ketagihan facebook. Kes ketagihan facebook semakin parah dalam masyarakat
barat dan kini menyusupi masyarakat Malaysia yang menyerang bukan saja
anak2 muda malah warga emas yang menghabiskan masa berjam2 menulis dan
menjawab status kawan2.
Facebook dijadikan pelarian dari masalah dan tanpa disedari ia menyedut
berjam-jam masa produktif yang sepatutnya digunakan untuk melunaskan amanah
dan tanggungjawab. Bagi pelajar masa yg sepatutnya untuk membuat kerja
sekolah, membuat assignment, membaca buku terbuang begitu saja kerana
merasakan semua itu membebankan dan beralih kepada facebook untuk melegakan
perasaan.
Masa untuk membaca buku bertukar kepada masa membaca facebook. Waktu
beribadah tahajjud pun boleh turut terjejas kerana tarikan facebook.
Hari ini tidak lagi perkara luar biasa melihat suasana di rumah orang
bandar jam 8 malam yang biasanya keluarga berkumpul dan bergurau senda di
ruang keluarga sambil menonton tv kini masing2 menghadapi facebook di
tempat masing2. Ibu dan ayah dg laptop masing2 di bilik. Anak2 di bilik
mereka atau di ruang tamu dan masing2 punya laptop sendiri. Tiada bunyi,
tiada suara kecuali bunyi keyboard dan suara bibik sedang mencuci pinggan
di dapur.
Adalah masih dikira baik kalau mereka masih berkomunikasi sesama sendiri.
Yang malangnya setiap orang sedang berfacebook dengan kawan2 masing dan
ahli keluarga tidak termasuk dalam senarai yang di ‘add’ sebagai ‘friends’
dan tiada ‘mutual friends’ di kalangan ahli keluarga.
Ciri-ciri ketagihan facebook:
1. Tidak dapat berenggang dg. internet
2. Terus mencapai facebook sebaik saja bangun dari tidur, sampai di pejabat
atau sampai di rumah.
3. Sentiasa terbayang apa yg ada dalam facebook semasa offline,
4. Sentiasa terbayang untuk menulis sesuatu dalam facebook semasa offline
5. Lebih selesa melayari facebook dari keluar rumah atau menonton tv
6. Masa dihabiskan lebih setengah jam setiap kali melayari facebook.
7. Melayari facebook lebih 3 kali sehari sekadar berbual kosong.
8. Facebook dijadikan tempat meluahkan perasaan.
9. sentiasa mengharapkan ramai orang memberi komen.
10. Rasa gelisah yang amat sangat apabila berada lama di tempat yang tiada
internet.
Facebook amat berguna untuk merapatkan hubungan persahabatan dan keluarga,
mencari teman2 lama atau siapa saja yg ingin dihubungi sekiranya tidak
dapat dihubungi dg tel. Adakalanya pada waktu2 kritikal facebook amat
diperlukan utk menghubungi seseorang.
Mat rempit dan kaki lepak dikaitkan dengan masalah anak2 generasi Y. Tetapi
anak2 generasi Z rasanya lebih selamat dari gejala rempit kerana mereka
lebih suka duduk di rumah melayari internet menghubungi rakan2 dalam dunia
maya. Malangnya mereka sukar berinteraksi secara alam realiti.
Sesuatu yang baik itu boleh digunakan untuk keburukan jika kita
mahu. Sesuatu yang buruk itu boleh juga digunakan untuk kebaikan
sekiranya kita mahu. Hanya akal yang terpimpin dengan prinsip agama
saja yang mampu menjadikan setiap sesuatu itu menjadi berharga untuk
dirinya, orang lain dan alam seluruhnya.
4 comments:
erm..ifa dah xgile fb dh..gile blog skrg..hiii..neway..tpulang pd individu tue..kne pandai2 bahagi masa la..jgn smp addict sgt..=D
hehe lady tak de fb pun :D
ifa,
ha ah..awal2 dulu ramai rajin main game dlm fb, tp sekarang nampak dah kurang...lagi pun kita sumer kan ader tanggungjawab dengan keluarga...keluarga still number 1
Lady,
actualy elok FB ni, sebab kita dapat jumpa balik member2 lama....just jangan terjerumus dan asyik sangat sampai lupa segala...
Post a Comment