"SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL KEPADA SEMUA UMAT ISLAM"
Ramai yang mungkin tidak tahu tentang sedikit inkripsi dalam Al-Quran tentang sirah ini.
Muhammad ataupun bermaksud (Orang-orang yang terpuji) dilahirkan dengan berbapakan Abdullah (Hamba Allah) dan beribukan Aminah (Yang membenarkan) serta beribu angkatkan Halimatunsaadiah yang juga sebagai ibu asuhan Muhammad (SAW). Secara bijak kita dapat perhatikan, bahawa orang-orang yang terpuji PASTI datang dari kombinasi ketiga-tiga elemen kekeluargaan ini.
Abdullah – Seorang bapa yang mengabdikan diri kepada Allah
Aminah – Seorang ibu yang membenarkan pengabdian Abdullah. Walaupun Abdullah wafat sebelum kelahiran Muhamad (SAW)
Halimatunsaadiah – Ibu asuhan yang pantas mendidik norma-norma tradisi di luar kota mekah yang jauh dari kejahilan Musyrikin Mekah ketika itu.
Kombinasi 3 mereka terlahirlah Muhammad (SAW) yang mulia dan terpuji. Seorang tokoh penyatuan umat dunia dengan 1 kefahaman iaitu kefahaman ISLAM yang hakikat. Dalam konsep kekeluargaan, telah ramai kini yang meletakkan pengaturan rumahtangga kepada ibu, bapa dan anak-anak. Kesemuanya mempunyai kata putus. Sedar atau tidak, itulah punca cerai berai dan kebiadaban akhlak yang kita tonton pada era ini.
Abdullah mengamalkan Islam dengan 1 sistem yang meletakkannya sebagai ketua keluarga yang mempunyai kuasa autonomi dalam keluarga. Penghambaannya kepada Allah mesti dibenarkan oleh Aminah. Sehinggakan, anak yatim ini boleh terbentuk begitu hebat sebagai seorang manusia berkarisma. Walhal, kenabiannya hanya setelah baginda berumur 40 tahun.
Aminah menghantar Muhamad (SAW) untuk diasuh oleh Halimah. Konsep multiple-input berlaku apabila baginda RasulAllah mendapat pendedahan kepada hidup susah di kampung dengan cara hidup dan peradaban yang tradisional. Jauh dari hiruk pikuk Kota Mekah. Walhal, Muhammad adalah anak orang bangsawan yang wajar berhidup mewah. Atuknya sahaja seorang ahli perniagaan yang berjaya. Berdagang sehingga ke Yaman, Sham, Taif dan Yathrib sementara bapa saudaranya Abu Talib merupakan seorang yang hebat berniaga dan juga bangsawan Mekah. Bapa Muhammad (Abdullah) juga merupakan seorang peniaga. Adakah kini kita ambil iktibar dengan sorotan peristiwa ini? Ramai anak-anak Islam kita yang melacurkan Islam sebagai agama budaya sahaja. Kebiadaban akhlak mereka datang dari kemewahan yang dicipta oleh bapa dan ibu mereka.
Terlalu banyak pelajaran-pelajaran sekiranya hendak diceritakan di sini. Cukup lah buat kali ini, hidangan yang sedikit ini untuk kita menghayati MauliduRasul dengan 1 kefahaman yang mendalam.
No comments:
Post a Comment