Sunday, May 2, 2010

Our 7th Anniversary








Tanggal 2 Mei 2010, genaplah 7 tahun kami melayari bahtera rumah tangga bersama-sama. Kami diberkati dengan kehadiran 2 permata hati yang sangat kami sayangi.







Aina Azrin (kakak yang penyayang dan semakin bijak di sekolah)

dan

Miqhail (adik yang ceria dan semakin petah menutur kata).







Merekalah penyejuk hati dan sinar harapan kami berdua. Semoga Allah S.W.T melindungi kami sekeluarga serta mengurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah, Amin.




Bersempena menyambut Ulangtahun Perkahwinan ini, kami telah ke beberapa tempat bagi mengabadikan kenangan manis bersama. Tiada hadiah ulangtahun yang lebih baik selain dapat menghabiskan masa bersama-sama suami dan anak-anak.


Ku panjatkan kesyukuran atas kurniaan yang begitu indah ini dan berdoa semoga ianya berkekalan sepanjang hayat.






Buat Abang,

Terima kasih atas segala kasih sayang yang dicurahkan.


"Aleyn Sayang Abang"





Buat anak2 Mama,






Aina dan Miqhail lah penyeri hidup Mama, Mama berdoa semoga kalian berdua membesar sihat, cerdas dan senantiasa diiringi kejayaan dunia dan akhirat


"Mama dan Abah Sayang Aina, Sayang Miqhail"



10 comments:

Lady of Leisure said...

happy anniversary... semoga kebahagiaan berkekalan..
:)

Aleyn said...

Thanks!!!

izanpyus said...

happy anniversary kak...semoga Allah memberi kebahagiaan berpanjangan kepada akak sekeluarga... =D

Aleyn said...

Thanks Zan...Amin..

IZAN said...

Happy anniversary Aleyn! semoga terus berbahagia hingga ke akhir hayattt.. aminnnn

yatie chomeyl said...

congrates aleyn..semoga kasih & kebhgiaan kalian berkekalan hingga akhir hayat ;)

Aleyn said...

Thanks Zan...mudah-mudahan..

Aleyn said...

Thanks Yatie...awak sekeluarga juga yer...

fiziskandarz said...

awwww... happy lucky 7 anniversary for u and family! wahhhh gamba2 pun dah siap ada frame semua.. i like! i like! :D

Aleyn said...

hehehe...thank u Zaki...semoga kitorang kekal romantik like u two love birds...