Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu!!





Mak,

Maklah satu-satunyer insan yang paling mengenali diriku. Bila rasa keseorangan dalam kesibukkan dunia, bila merasa tiada sesiapa yang memahami diri ini, ku pejamkan mata dan ku melihat wajah Mak yang lembut dan sentiasa menyayangi ku lebih dari sesiapa pun. Aku menyanjungi mu Mak, dulu, kini dan selamanya!



"SELAMAT HARI IBU buat Mak Tersayang!"





Dua Insan yang sentiasa dekat di hatiku, Mak dan Abah, I Love You forever!



Sambutan Hari Ibu tahun lalu

Tak lupa juga ucapan buat Ibu Mertua ku yang dikasihi,

"Selamat Hari Ibu, Mak!"





Aku juga amat bersyukur kerana diberi peluang menjadi seorang yang bernama IBU, akan ku jalankan amanat yang maha besar ini sebaik2nya. Demi anak2ku yang tersayang, Aina dan Miqhail,


Mama Sayyangg kalian berdua.



Balik petang semalam, Aina membuat suprise kepadaku, menyorok di balik kereta Abang, dan tatkala aku hampir, dia berdiri sambil menghulurkan sekuntum bunga, kad dan sebiji epal...sambil menjerit "Selamat Hari Ibu!"....wahhhh...sangat terharu ....




Epal dapat gigit sekali jer, pastu Miqhail yang dok makan sampai habis...

Buat Ibu2 semua,

"SELAMAT HARI IBU"







No comments: