Monday, October 25, 2010

Pembinaan Menara 100 Tingkat, What Say U?

Ada status member dalam FB :




"Look at this, politicians are talking about tall buildings when there are still homeless people living under the bridge!"





Membuatkan aku terpikir balik pasal isu "Pembinaan Menara 100 Tingkat" ni...wajarkah?




Bagi sesaper yang belum maklum pasal pelan kerajaan ni, silalah baca di bawah...



*******************************************

Pembinaan Menara 100 tingkat bukan membazir - Najib

19/10/2010 8:14pm




KUALA LUMPUR 19 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan cadangan pembinaan menara 100 tingkat bernilai RM5 bilion oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan menyifatkan ia bukan pembaziran tetapi bertujuan menjana ekonomi serta mewujudkan satu mercu tanda Malaysia yang maju dan moden.

Perdana Menteri berkata, pembinaan menara itu akan turut membawa manfaat kepada pelbagai sektor.
"Banyak kerja-kerja kontrak yang boleh kita agihkan untuk menggerakkan kegiatan ekonomi, dan kawasan itu boleh menjadi pusat perniagaan menempatkan peniaga bumiputera dan bukan bumiputera, menjadi pusat tarikan dan beri keuntungan.



"Projek ini bukan pembaziran tapi menguntungkan, yang dirancang (oleh) PNB.
Najib berkata, beliau tidak mengarahkan PNB untuk mewujudkan projek itu.
"Saya tidak arahkan PNB. PNB yang mencadangkan (perkara) ini, sesuatu yang sangat diingini oleh pengurusan atau lembaga (pengarah) PNB,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan amanatnya kepada anggota perwakilan di majlis tertutup Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2010 hari ini. - Bernama



*******************************************






Agaknyer depa nak lawan Menara Burj Dubai ni kot....Dubai tu memanglah negara kaya...tak yah citerlah...dah tentu mampu...kita?


Apa kata korang sumer? Memanglah tak dinafikan ader kebaikannyer sebab ia akan menawarkan banyak peluang pekerjaan atau projek terutamanyer bagi sektor pembinaan, namun perlu difikirkan tentang kos pembinaan yang menjangkau sehingga 5 bilion ringgit. Jumlah yang pada aku begitu tinggi dan biler dah namanyer projek kerajaan sudah tentulah itu semua hasil daripada kutipan cukai Rakyat Malaysia juga....



Dan apa jadi pada projek Basmi Kemiskinan? Sudah berjayakah? Dan Projek2 perumahan yang terbengkalai pula, sudah terbelakah nasib pembeli?



Apa pun diharap semoga Kerajaan betul2 sudah membuat penelitian terperinci dan tidak terburu-buru dalam meluluskan sesuatu projek, jangan sampai


"Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran"



Nota : Nak baca tak kisah keluarga yang dok bawah jambatan


http://ondscene.my/kemasyarakatan/rumah-berbumbungkan-jejambat-lebuhraya


2 comments: