Friday, August 5, 2011

Kisah antara Apek dan Elia

Siapa yang tidak kenal dengan penjaga gawang no. 1 Harimau Malaya iaitu Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek. Biarpun Malaysia gagal meneruskan kemaraan pada kempen bola sepak kelayakan Piala Dunia, ketangkasan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat ketika mengikat Singapura 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu, diakui ramai. Namun di sebalik kecemerlangannya di gawang gol, Apek rupa-rupanya memendam rasa berikutan badai yang melanda pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.



Mengikut sumber, dia telah memutuskan pertunangan dengan Aimie pada 29 Julai 2011. Apek nyata tertekan dengan gossip yang melanda dirinya dan Aimie. Dia sendiri khabarnya mendapat tahu cerita bersama wanita lain melalui pelbagai laman web dan blog. Begitupun, Apek tampil ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Dia bukanlah kaki perempuan atau ‘playboy’ seperti yang dijelaskan.

“Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan. Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.” jelas Apek.

Dahlia Teck dikatakan merupakan 'wanita' yang menganggu hubungan pertunangan diantara Khairul dengan Elia. Sejauh kebenaran cerita ini tidak dapat dipastikan. Namun, Dahlia bukan kekasih Apek seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan tambahan lagi mereka juga tinggal sekampung (di Kelantan). Hubungan mereka tidak ubah sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Namun begitu di pihak Aimie di dalam fb ada memberitahu yang Apek bertindak meninggikan suara dengan ibunya juga turut dijelaskan oleh Apek sendiri.” Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.”





Sebelum membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan juga dikatakan Apek telah berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga dan mengambil keputusan ini bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan mereka. Dikatakan juga keluarga Apek akan berjumpa keluarga Elia unutk kebaikan bersama.







Apek juga menjelaskan,“Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi,” jelas dia lagi.






Apek yang memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak apabila menyertai skuad Kelantan untuk pasukan Piala Presiden (bawah 21 tahun) sebagai penjaga gol pada 2006 juga ingin bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Dia tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjayanya dan ia antara sebab mengapa dia memutuskan pertunangan bersama Aimie.

Apapun diharapkan hubungan diantara Apek dan Aimie kembali pulih tidak kiralah selepas bertunang ataupun sebagai rakan biasa. Kalau jodoh tidak ke mana, ungkapan ini paling sesuai bagi mereka berdua buat masa ini. Semoga mereka berdua dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik.






Sumber: Harian Metro





Bak kata abang.....si Apek ni muda sangat pun nak pikir pasal kawin....

Bak kata korang lak?

 

13 comments:

ajumohit said...

hmmm mcm2 dugaan org berdarah manis, apapun doakan yg terbaek utk mereka

Alhamdulillah Dah 30 pon

Aleyn said...

Kannn...nak nak lak dengan org glam dan fofular 1 malaysia gitu....semakin kuatla dugaannnyer....

mummy_ayu said...

sokong..ayu pun kata..dua2 pun muda sesangat..

Aleyn said...

Tulah...patutnyer tak yah bertunang ari tu...kenal hati budi masing2 betul2 dulu....rugi jer duit buat majlis tunang (tapi meriah cam majlis kawen)

Orang byk duit...money is not an issue...

sHi Ma said...

mmg terlalu muda nak kawin, mb xpuas enjoy pun lagi... sian kat dia org, mana yg betul n salah kita pun tak tahu kesahihannya...

lieyalatif said...

tu le...tak lame depa bertunang....tekejut aku.....sian kan....mase tak glamer okey jek hubungna die org, bile apek dah glamer terus mcm2 cite keluuarkan..... dah le aku minat kapel ni...tetibe jadi camne.....anggap jek laa takde jodoh huhuhu

-Sara- said...

bkn apex jee..due2 pon mude sgt2 lg..xmatang..boleh plak gaduh2 org ni ckp cmni..yg ni ckp cmtu..sume didedahkn..sebetolnya knela profesional n jwb lah dgn jwpn cliche "xde jodoh"..tu jelaa..ni mcm2 dicanangnya..jd coverpage lak tu..tah pape jee

Aleyn said...

Shima,
Hanya diorang sendiri yg tahu kesahihannyer...

Tak perlah...dah putus ni..bwk2 lah pikir jauh sket...

Aleyn said...

Lieya,
Tul la...rasanyer x sampai 2 bulan kot...gambar2 pertunangan depa yg gah tu tersebar..

Apa pun mesti ader hikmah di sebalik perpisahan ni..

Aleyn said...

Sara,
Kannn...nampak sgt kurang matang...nak marah pun tak yah lah maki2 dlm FB..dah 1 dunia tahu...

so immature

~izan~ said...

sana sini psl KFCM ni...apa2 pun semoga masing2 bertemu jodoh yg sesuai lps ni..dagn tak perlu kot nk over expose bila dah bercinta lg huhu

Aleyn said...

betul tu...sumer nak expose...penat den nak pikir

baliski said...

look at this website replica designer bags you could check here dolabuy Loewe useful reference dolabuy.ru