Thursday, February 2, 2012

"Liam Neeson ingin Memeluk Islam"...semoga menjadi kenyataan

Assalammualaikum,



Bintang filem terkenal, Liam Neeson sedang mempertimbangkan dan berfikir masak-masak untuk meninggalkan kepercayaannya terhadap Katolik dan memeluk Islam selepas menjalani penggambaran di bandar Istanbul.







Dipetik daripada The Sun, Liam mengakui azan apabila tiba waktu solat telah berjaya menarik perhatiannya sepanjang berada di sana.






"Azan untuk bersembahyang dilakukan sebanyak lima kali sehari dan pada minggu pertama, ia membuatkan saya tidak tahan. Walaubagaimanapun selepas itu ia mula menarik perhatian jiwa dan diri saya. Ia adalah satu perkara yang sangat indah.






"Di sana mempunyai lebih kurang 4,000 masjid. Kebanyakannya sangat cantik dan ia membuatkan saya ingin menjadi seorang beragama Islam."






Liam yang dibesarkan di Ireland Utara sebagai seorang penganut Katolik telah dinamakan sempena nama seorang paderi tempatan di sana.






Walaupun dibesarkan dengan kepercayaan Katolik, Liam yang pernah kehilangan isteri tercinta, Natasha Richardson akibat kemalangan ski pada 2009 telah mempersoalkan kehidupannya di bumi ini.






"Untuk apa kita hidup di dunia ini tanpa sebarang arah tujuan? Kini saya seringkali membaca buku tentang Tuhan supaya lebih memahaminya."






Aktor berusia 59 tahun ini pernah dikritik pada tahun 2010 selepas mendakwa bahawa watak singa Aslan dalam filem francais terkenal "The Chronicle Of Narnia" yang menggunakan suaranya itu bukanlah berdasarkan Kristian seperti yang didakwa oleh penulis novel C.S Lewis, sebaliknya ia adalah pemimpin rohani termasuklah Nabi Muhammad.






Liam akan muncul dengan filem terbarunya berjudul "The Grey" yang akan ditayangkan di Malaysia pada 2 Februari 2012.
 
 
Aku memang minat lakonan Liam ni......cool and mysterious person ....semoga dia benar2 menunaikan hasratnyer untuk memeluk Islam dan benar2 menjalani hidup sebagai muslim yang sejati, amin
 
 
Sesungguhnyer Allah S.W.T berkuasa memberi hidayat kepada sesiapa sahaja yang diinginiNya...

6 comments:

-Sara- said...

mudah2an jd kenyataan..aminn :)

ieja amieja said...

mudah2an bukan hangat2 tahi ayam jer..salam kenal & salam ziarah

Aleyn said...

Sara,
InsyaAllah

Aleyn said...

Ieja,
Salam kenal juga

juelee said...

inshaallah amin..

Aleyn said...

Amin...