Wednesday, January 26, 2011

Jet Lag sampai Maut



Korang pernah kena Jet Lag tak?

1st time dengar perkataan Jet Lag ni daripada kakak ku yang dulunyer seorang paramugari MAS...time tu tak bleh bayang apa kebendanyer Jet Lag ni...dia terangkan pun still tak paham...yang aku ingat most of the time dia balik dari mana2 penerbangan jauh mesti dia tidur berjam2...musykil gak aku time tu...penat sangat ke keja paramugari ni ???..hehhe....sampai lah time diri sendiri gi overseas ke Jepun...ader lah rasa melayang gak...tapi tak berapa sangat...

Terpanggil nak buat entry pasal Jet Lag ni sebagai rentetan kepada peristiwa malang yang menimpa seorang paramugari MAS baru2 ni...

**********************************

TERKINI








Pramugari MAS mati disebabkan sindrom jet lag


22/01/2011 6:34pm










SEREMBAN - Suami pramugari Malaysia Airlines (MAS) yang mati akibat terjatuh dari tingkat 9, Hotel Radisson, Amsterdam, Belanda, minggu lepas, percaya kematian isterinya disebabkan sindrom lesu jet (jet lag).






Suami mendiang, Cheng Yin Chet, 39, mengesyaki isterinya mengalami keadaan itu semasa mendiang sedang menikmati keindahan bandar Amsterdam dari kawasan terbuka di tingkat 9, hotel tersebut di antara 12 tengah malam hingga 6 pagi (waktu Belanda).






"Sebelum isteri saya ditemui mati, dia ada beritahu saya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) bahawa dia mengalami pening kepala atau jet lag,” katanya kepada pemberita di rumahnya di Seremban 2 di sini hari ini selepas tidak berpuas hati dengan pelbagai spekulasi media yang menyelubungi kematian isterinya.






Menurut kamus perubatan, jet lag merupakan satu keadaan yang biasa dialami dalam satu penerbangan yang jauh yang merentasi satu zon masa ke zon masa yang lain dan akan menyebabkan individu tersebut mengalami pening serta hilang keseimbangan badan.






Sehubungan itu, Cheng yang merupakan seorang ahli perniagaan dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 16 tahun hasil dari perkahwinan itu, menafikan isterinya membunuh diri. - Bernama


**********************************

Ha...rupa2 nyer teruk juga kesan Jet Lag ni yer....nak tau tak apa dia simptom Jet Lag dan canner cara nak atasinyer atau kurangkan kesannyer pada diri kita?

**********************************
Sebenarnya apa itu jet lag?

Jet lag adalah keadaan keletihan yang menyebabkan gangguan pada saluran pencernaan, insomnia dan sakit kepala yang terjadi secara serentak. Ada juga yang menganggap jet lag sebagai gangguan ritme tidur selepas perjalanan jauh melintasi zon waktu dengan cepat.


Jet lag juga boleh dikatakan suatu keadaan psikologi yang terjadi akibat perubahan ritme circadian (suatu irama biologis yang mengatur respon tubuh terhadap perubahan lingkungan). Kerana itulah jet lag juga sering disebut sebagai sindrom perbezaan zon waktu.



Jet Lag boleh menjadi masalah serius yang mengganggu aktiviti Anda. Bayangkan bila kita sampai ke destinasi pada pagi hari dan harus terus bekerja, padahal kita berangkat pada malam hari dan belum tidur sama sekali. Tubuh akan keletihan kerana belum tidur. Atau sebaliknya, saat kita sampai ke destinasi pada malam hari tubuh kita menuntut untuk tidur, sedangkan kita berangkat pada pagi hari dengan keadaan fresh kerana baru bangun tidur.



Perjalanan dari timur ke barat memiliki resiko yang lebih besar dari pada perjalanan barat ke timur. Tetapi perjalanan dari selatan ke utara atau sebaliknya tidak menyebabkan jet lag asalkan tidak memasuki wilayah zon waktu. Jet lag boleh dialami oleh siapa saja. Tak kisah kuat atau lemahnya daya tahan tubuh seseorang, usia, dan juga bagi Anda yang baru pertama kali atau sering melintasi zon waktu.



Apa penyebab terjadinya Jet Lag?



Selain kerana melintasi zon waktu, ada beberapa penyebab yang menyebabkan jet lag terjadi, yakni:



* Keadaan diri sebelum terbang yang buruk, misalnyer keletihan, stres, takut, cemas.


* Tekanan cabin pada pesawat.


* Udara kering di pesawat yang boleh menyebabkan sakit kepala.



* Pusingan udara yang kurang baik sehingga udara segar yang dihirup sangat sedikit.



* Mengambil minuman yang memiliki kadar alkohol semasa terbang. Meminum segelas anggur di pesawat semasa terbang, sama ertinya dengan meminum 2-3 gelas di daratan.



* Makanan dan minuman.
Biasanya, kopi atau teh yang dihidangkan di penerbangan mempunyai kandungan kafein yang lebih tinggi daripada teh atau kopi biasa. Jus jeruk juga sebaiknya jangan diambil, kerana bersifat lambung.

* Kurang pengalaman, berkaitan dengan faktor psikologi yakni kurangnya pengalaman dalam penerbangan.



Jet Lag hanya akan berlaku bila kita terbang menuju Timur dengan perbezaan waktu antara tempat berangkat dan destinasi sebanyak lebih dari 4 jam. Jet Lag terjadi disebabkan tubuh kita kehilangan waktu 4 jam itu. Sebaliknyer, Jet Lag jarang terjadi saat kita terbang ke barat, ini adalah kerana tubuh kita mengalami pengulangan waktu ketika menuju ke barat, berbeza ketika kita terbang ke Timur yang justru menyebabkan tubuh kita kehilangan waktu. Umpamanyer, menunda tidur jauh lebih mudah daripada dipaksa untuk tidur bukan?






Bagaimana Cara Mengatasi Jet Lag?






* Mengubah jam tidur. Bila Anda terbang ke timur, ubahlah jadual tidur menjadi sejam lebih cepat dari zon waktu yang akan dilewati. Sebaliknya bila terbang ke barat, mundurkan jam tidur Anda sejam daripada waktu yang akan dilewati. Akan lebih baik bila perubahan jam tidur dilakukan 2-3 hari sebelum terbang.

* Menghindari stres dan rutin kerja seminimal mungkin.


* Tidak mengambil minuman berakohol sebelum terbang.


* Tidur yang cukup dan berkualiti.


* Memperbanyak minum air kosong sebelum berangkat, ketika berada di dalam pesawat dan ketika tiba di destinasi

* Yang paling penting, untuk mengatasi Jet Lag janganlah sekali-kali mengambil ubat tidur.











**********************************






Diharap kawan2 sumer yg ade plan melancong ke Timur tu ambillah langkah2 penjagaan seperti yang dinyatakan di atas yer....agak2 rasa lain macam lepas arrival tu...cepat2 lah settle down dulu....listen to your body kay....

Have a NICE Trip!!!