Thursday, June 23, 2011

Kedai Rakyat 1 Malaysia

PM lancar Kedai Rakyat 1Malaysia




KUALA LUMPUR 21 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya, pada pukul 5 petang esok.



Menurut Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin, kedai berkonsepkan pasar mini itu bakal menawarkan barangan keperluan asas dengan harga mampu milik.



Selain itu, katanya, kedai tersebut juga bakal menjual pelbagai barangan yang dibungkus semula dalam kuantiti kecil bagi membolehkan pengguna membelinya pada harga rendah, mengikut keperluan mereka.



“Barangan keperluan asas seperti beras, minyak, susu tepung dan lampin pakai buang akan dipek dengan jenama ‘Kedai Rakyat 1Malaysia’. Setakat ini, terdapat 250 barangan telah dijenamakan dengan jenama itu.



“Harga barangan itu disasarkan lebih murah 30 hingga 50 peratus daripada barangan biasa di kedai-kedai lain. Matlamatnya adalah untuk membantu golongan miskin di bandar,” katanya dalam sidang akhbar di sini, baru-baru ini.



Mydin merupakan syarikat yang diamanahkan untuk menjalankan operasi kedai tersebut bermula daripada pengubahsuaian kedai, membekal barangan selain menyediakan kakitangan dan sistem urus tadbir.



Mengenai kualiti barangan tersebut, Ameer Ali berkata, pihaknya tidak sesekali akan berkompromi tentangnya, apatah lagi penubuhan kedai itu bukan bermatlamat mencari keuntungan.



“Kedai itu tidak menyediakan barangan berjenama. Biasanya produk berjenama mahal mereka terpaksa menanggung kos iklan.



“Ia dibuka bukan untuk mencari keuntungan tetapi untuk membantu rakyat kurang berkemampuan di bandar,” katanya.


**** Jom kengkawan, apa lagi  ...
 
SERBUUUUUUUU!!!! ****

13 comments:

ajumohit said...

a good agenda utk bantu kaum bumiputera

Aleyn said...

Betul3.....tak sabar nak gi tgk

Nadine said...

menarik...wonder kt mana kedainya?

kuchalana said...

dari overall concept it not going to help.. kasi kat mydin ja.. abis la.. tu bukan melayu pon.. mamak.. patut dia tekankan pada smua hypermarket.. la ni hypermarket yg control smua retailing issue ni (harga n kualiti).. anyway.. pusing2 balik.. all this is SYSTEM issue and CAPITALISM.. yg rugi working class..

wahida said...

kat mana kedai tu, kelana jaya je ke? cawangan lain tak de ke?

Aleyn said...

Nadine,
So far yg tau kat Kelana Jaya jer....

Aleyn said...

Kuchalana,
Come to think of it...ya true also...

Aleyn said...

Wahida,
Akan ada cwgn lain...kena carik from time to time kat website ni http://www.kedairakyat1malaysia.com.my ... tapi nak bkk blog ni sket nyer lembab

syariza09 said...

jom terjah....leh berjimat cermat

Aleyn said...

Syariza,
Tol tu....sedikit sebanyak membantu keperluan harian...

*∽ IZAN ∽* said...

kalau dekat ngan umah mmg dah serbu dahh uhuhuhu

Aleyn said...

Kannn.....apa pun kena compare rega ....sebulan sekali borong pun ok gak ni

Anonymous said...

[url=http://extrasun.ru/Prodaja.html][img]http://extrasun.ru/components/com_joomgallery/img_thumbnails/_1/_20120510_1076533610.jpg[/img][/url]
Корпус обогревателя сделан из алюминия и нержавеющей стали, что исключает процесс коррозии. Стеклянная колба изготовлена из закаленного стекла, способного выдерживать сильные перепады температуры, и выдерживает нагрев до 1800 градусов! Блок подачи газа с ручным или дистанционным управлением состоит из самых современных, высококачественных компонентов. Наша компания имеет все необходимые сертификаты, дающие право использования обогревателей на территории Российской Федерации. [url=http://extrasun.ru/rekomendacii.html] Уличные обогреватели “SIRIUS” - революционный принцип обогрева на открытых площадках.[/url]
Ультрасовременный дизайн уличного обогревателя "SIRIUS" будет изысканным дополнением к любому интерьеру, живое пламя придаст не только теплую и уютную атмосферу, но и приятное завораживающее естественное освещение в вечернее время.