Wednesday, February 29, 2012

Keta Dato Lee Chong Wei ... Perrghhh



Ferrari F430 (White Ferrari F34o) bernombor pendaftaran BLG 1 ini dikatakan milik Datuk Lee Chong Wei, pemain badminton no 1 dunia.




Aku tak pasti adakah ini model Ferrari F430 Scuderia. Harga Ferrari F430 Scuderia aku rasa melebihi RM1 juta kut.



Betul kah pemilik Ferrari di atas adalah Datuk Lee Chong Wei? Berapa pula harga no plat BLG 1 ?



Jawapannya dengan baca seterusnya.




Monday, February 27, 2012

Hati-hati bila makan kat kedai

Assalammualaikum,


Gila lah..tuan kedai ni tak perasan tikus merayap di tempat lauk
 
 



Tu yg kena Virus Kencing tikus tuu… Berhati² lah yaaa semua???

Thursday, February 23, 2012

Sudahkah anda...



Assalammualaikum...

Touching aku tengok gambar ni

Gambar yang amat menyentuh hati. Seorang anak yatim melukis gambar “ibu”nya dan tidur bersama lukisan itu :



Terbaca kisah adik ni dalam internet…..mak dia mati dalam peperangan. Dia terlalu rindukan mak dia, so dia lukiskan gambar mak dia sedang lentangkan tangan untuk dia tidur sebagai bantal. Dia rindukan pelukan mak dia…..dia cuma budak berusia 4 tahun….







Ya Allah…sekiranya kita ternampak anak-anak yatim berikanlah mereka bukan hanya barangan material seperti makanan, tapi beri mereka pelukkan & ciuman yang jarang mereka dapat tetapi amat diperlukan dan dirindui….






Sudah berapa lama kita tidak mencium pipi dan dahi anak-anak kita? Sudah berapa lama kita tidak memeluk anak kita?
 
Sudahkah anda...
 
 
Sekarang ni pun Miqhail kemain lagi...nak tidur mesti nak atas riba aku...walaupun dapat separuh badan jer....





Yang bawah ni plak...antara ibu bapa yang tak kisah akan kewujudan anaknyer.....korang jangan buat cam ni tau..













Bleh?

Wednesday, February 22, 2012

Macam ni pun ader...




Sangat tak patut....


Monday, February 20, 2012

Token of Appreciation dari Boss...all the way from Singapore

Assalammualaikum,

Ni entry sempena perasaan honoured sebab dapat token dari boss from Singapore...

Walaupun tak seberapa...tapi bak kata orang 'Its the thought that counts".....

Boss aku ni baru jer join Pru last year November,...time tu memang haru biru hidup aku....apa tak nyer aku sorang2 jer jaga Domino Server, client, BB and BES for Pru Malaysia and Taiwan semenjak boss lama resign mid September....

Akhirnyer Boss yang ni join dan slowly work became in order and organized and I got my LIFE back...!!!

Mengimbau kembali...Masa time ticket 200++...tu ...aku kerja siang malam.........KPI target '0' ticket by end of year!!!!....pengsan mak

Alhamdulillah...dengan kerjasama Boss baru ...kitorang achieved target...walaupun pada mulanyer aku fed up sebab rasa cam impossible jer...

Anyway....sekarang kami dah bertiga...another head count masuk team...also based in Singapore...walaupun masih keseorangan di Malaysia....tapi atleast workload boleh bahagi 3....

Eh...nak citer pasal token yg aku baru terima siang tadi ni sebenarnyer....

The Finest Teas tuh...








Siap ader kad lagik......ni yang buat lagik rajin keja nih..hehe




Ader 15 sachet dalam tu....jap gi nak bancuh...nak rasa betapa 'Fine' nyer teh ni....hehee




Ok Boss....this year kalau achieve target....nak tiket gi USS plak...bleh?

Thursday, February 16, 2012

Ford - CEO's Car







Dah tak rupa keta dah aku tengok


Monday, February 13, 2012

Aina joins Al-Baghdadi

Assalammualaikum,

Dalam usaha mencari tempat untuk Aina berguru dalam pembacaan Al-Quran. Aku terjumpa satu pusat pengajian khusus melatih kanak2 dan dewasa membaca Al-Quran dengan mudah dan betul.

Namanyer Al-Baghdadi...dekat jer ngan umah...dalam 5 minit jer naik keta...Alhamdulillah

Walaupun Aina dah nak masuk juzuk 2 hasil pengajiannyer bersamaku tiap kali selesai solat Maghrib, tapi maklumlah...aku ni mana lah ader tauliah...kot2 tajwid lari....tarranum apatah lagi...

Maka kami pun enrollkan Aina masuk kelas Al-Baghdadi ni....

Datang pun time malam..balik keja....terus isi borang dan Ustaz dok assess Aina...dia nak tengok pembacaan Aina


Assessment sedang berjalan....Ustaz tu kata...Aina dah pandai dan kenal huruf serta bunyi...tapi bab harakat tu ader yang tak berapa tepat....yang harakat 2 jadik 3...yang harakat 5..jadik 3....aku yang dok sebelah Aina sengih2 jer biler perasan dia baca tak cukup harakat...hehe

Makanyer...kami putuskan Aina join kelas asas dan seterusnyer Tajwid sambil Talaqi.....Estimate tamat pengajian dan khatam dalam 18 bulan...kiranyer kalau tak der aral, Aina akan khatam Al-Quran pertengahan tahun depan...insyaAllah...


 
Untuk kelas asas ni, Aina dapat buku Tamhid dan Alat Ketuk tu....


 
 
Malam2 lepas abis homework...Aina akan berlatih guna teknik Al-Baghdadi ni...suka lak aku tengok dia ketuk2 kayu tu....



adiknyerpun teruja...dok ketuk2 jugak


 
Kelas tiap Sabtu...kol 11am...malamnyer pun ader kelas untuk orang dewasa pula...


So pagi Sabtu Aina tiap minggu memang penuh....dari pagi sampai ke tengah ari...sebab kol 8.30 sampai 10.30 dia ader kelas English...kol 11 sampai 12.30 kelas mengaji di Al-Baghdadi pula....last week lagi best....lepas abis kelas Al-Baghdadi, balik salin baju...makan laju2...pastu terus gi sekolah ganti pula....huhu....seb baik dia ok...tak ngadu penat...Mama nyer yang tengok dia sibuk2 tu lak yang rasa penat...


Tak per lah...semoga ilmu yang diperolehi bermanfaat buat Aina sampai biler2, amin



Albaghdadi di TV3



Teknik Albaghdadi


Wednesday, February 8, 2012

Setelah 35 tahun tertipu...huhu

 Assalammualaikum,

Aku dapat forwarding email ni semalam....hehe..gelak sendiri aku...rupanyer aku dalam golongan yang tertipu juga lah ni...

cettt....



Meh baca isi kandungan email ni





Agak menarik status dia! Tiada pagar makan padi. Tetapi burung pegar.



Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi.


OK, saya terus mintak keizinan dia nak share, dan lepas je dia bagi kebenaran, terus saya copy paste letak dalam status saya, tapi saya tambah


sikit:
 
 
Saya tambah bahagian batuk dalam status saya, atau sebenarnya batok.



Daripada kecik lagi, saya selalu pelik kenapa “melepaskan batuk di tangga”


tu bermaksud buat kerja separuh jalan?


Cikgu-cikgu Bahasa Melayu saya masa sekolah rendah pun takde explain lebih lanjut pasal apa batuk tu. Jadi saya assume maksudnya kita batuk dekat tangga. Tapi memang tak boleh relate, kenapa batuk dekat tangga tu maksudnya buat kerja tak habis? Kenapa batuk? Bukan bersin di tangga ke, sendawa ke, menguap ke?


Masa sekolah menengah, barulah cikgu saya (tak ingat dah cikgu mana...) cakap yang sebenarnya bukan batuk, tapi batok. Disebabkan perubahan ejaan jawi ke rumi, ramai orang tersalah anggap bahawa batok tu bermaksud batuk.


Apa batok tu? Batok tu sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan. “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tinggalkan macam tu je dekat tangga lepas guna. Macam lepas guna getah paip dalam tandas, tak letak hujung dia dekat pemegang lah lebih kurang. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan.


Inilah contoh batok tu ye kawan-kawan:

“Kau ada batok dekat rumah? Kau mampu?”











Untuk burung pegar pulak, saya cuba google gambar dia. Kemudian jumpa dekat wikipedia.






Namaku Si Pegar, bukan Pagar!


Ha, nilah contoh burung pegar, atau dalam Englishnya berbunyi ‘pheasant’.


Saya pun letak gambar ni dekat facebook.


Dekat Malaysia rupanya kita panggil ayam pegar, dekat Indonesia pulak dipanggil burung pegar. Tapi ayam ke, burung ke; kedua-duanya bertepatanlah dengan peribahasa ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. OK, patutlah. Selama ni ingatkan pagar. Sebab tulah rasa pelik, kenapa pagar makan padi? Lagipun zaman dulu mana ada orang pagar sawah padi (ada ke? Rasa macam takde...).


Rupanya orang maksudkan pegar. Pegar ni digunakan macam burung hantu lah agaknya. Kawalan biologi untuk membunuh tikus dan serangga perosak dekat sawah padi. Tetapi ketika mengharap burung pegar ini tolong makan tikus dan serangga di sawah, burung pegar ni makan pulak padi. Dia mengkhianati kepercayaan tuan punya sawah untuk menjaga sawahnya daripada dimakan binatang perosak; dia sendiri jadi binatang perosak. Jadilah pepatah ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.




Lepas 35 tahun baru aku tau ko....

Korang sumer dah lama tau ker?....


Thursday, February 2, 2012

"Liam Neeson ingin Memeluk Islam"...semoga menjadi kenyataan

Assalammualaikum,



Bintang filem terkenal, Liam Neeson sedang mempertimbangkan dan berfikir masak-masak untuk meninggalkan kepercayaannya terhadap Katolik dan memeluk Islam selepas menjalani penggambaran di bandar Istanbul.







Dipetik daripada The Sun, Liam mengakui azan apabila tiba waktu solat telah berjaya menarik perhatiannya sepanjang berada di sana.






"Azan untuk bersembahyang dilakukan sebanyak lima kali sehari dan pada minggu pertama, ia membuatkan saya tidak tahan. Walaubagaimanapun selepas itu ia mula menarik perhatian jiwa dan diri saya. Ia adalah satu perkara yang sangat indah.






"Di sana mempunyai lebih kurang 4,000 masjid. Kebanyakannya sangat cantik dan ia membuatkan saya ingin menjadi seorang beragama Islam."






Liam yang dibesarkan di Ireland Utara sebagai seorang penganut Katolik telah dinamakan sempena nama seorang paderi tempatan di sana.






Walaupun dibesarkan dengan kepercayaan Katolik, Liam yang pernah kehilangan isteri tercinta, Natasha Richardson akibat kemalangan ski pada 2009 telah mempersoalkan kehidupannya di bumi ini.






"Untuk apa kita hidup di dunia ini tanpa sebarang arah tujuan? Kini saya seringkali membaca buku tentang Tuhan supaya lebih memahaminya."






Aktor berusia 59 tahun ini pernah dikritik pada tahun 2010 selepas mendakwa bahawa watak singa Aslan dalam filem francais terkenal "The Chronicle Of Narnia" yang menggunakan suaranya itu bukanlah berdasarkan Kristian seperti yang didakwa oleh penulis novel C.S Lewis, sebaliknya ia adalah pemimpin rohani termasuklah Nabi Muhammad.






Liam akan muncul dengan filem terbarunya berjudul "The Grey" yang akan ditayangkan di Malaysia pada 2 Februari 2012.
 
 
Aku memang minat lakonan Liam ni......cool and mysterious person ....semoga dia benar2 menunaikan hasratnyer untuk memeluk Islam dan benar2 menjalani hidup sebagai muslim yang sejati, amin
 
 
Sesungguhnyer Allah S.W.T berkuasa memberi hidayat kepada sesiapa sahaja yang diinginiNya...