Wednesday, April 20, 2011

Media suka tokok tambah citer...di mana ketelusannyer...

Assalammualaikum...

Aku betul2 tak puas hatilah ngan media sekarang ....ni dah masuk kali kedua depa dok canang citer ....ari tu kes hidangan ikan patin yang menelan belanja 13k untuk 50 orang makan...selang 2 3 hari ...baru dapat citer sebenar...rupa2nyer untuk 350 orang makan....

Kali ni plak kes kematian adik Saiful yang dikatakan didera sehingga maut oleh seorang guru .... aku ada buat entrynyer di SINI 

Tup2 semalam aku dapat mail ni plak.....tapi yang ini sekadar mail forwarding lah...blom lagi kuar berita.....citer sudah tukar....mengatakan kematian bukan disebabkan penderaan tetapi akibat sawan yang mengakibatkan kurangnyer oksigen ke otak mangsa....




hmmmm...korang bacalah dulu....


**********************************

Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan cerita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.




Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,


“Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )


“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -


Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.


Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.


CERITA SEBENAR

Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’) menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebenar kejadian.
 
 

“ adik saiful (arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis (gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal di asrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang. Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan.




Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.


Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi ke hospital, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.


Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8 pagi hari ahad.”


Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai ke rumah Abang Zamri (ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.


Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih )




Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporan forensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meninggal akibat kekurangan oksigen.


Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya. (gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )


Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.


GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.

Rombongan Gamis ke rumah Abang Zamri


**********************************

Aku dah tak kisah dah....tak tahulah citer kat atas ni betul atau tidak...susah nak percaya bulat2 sekarang ni....

Apa pun aku berharap pihak media janganlah sebab nak lariskan paper...buat citer membabi buta...tanpa usul periksa.

What say you guys?....nak percaya ker tidak?..


Al-Fatihah buat adik Saiful...


Monday, April 18, 2011

Hari ini 7 tahun lalu, Bermula saatnyer aku bergelar seorang Ibu, Selamat Hari Lahir buat anakanda ku Aina Azrin


Hari ini genaplah Aina berusia 7 tahun, masih jelas di ingatan akan saat2 kelahirannya 7 tahun dulu. Aku mendapatnyer ketika kami suami isteri berusia 28 tahun. Dia dilahirkan secara normal dengan berat 2.85 kg.


Kini Aina dah pun bersekolah di Darjah 1. Begitu pantas masa berlalu. Fasa demi fasa kehidupan bakal diharunginyer......semakin hari semakin terserlah perwatakan dan sifatnyer...








Sesungguhnyer aku bersyukur ke hadrat Ilahi atas kurniaannyer ini. Semoga aku dan suami dapat membentuk Aina menjadi anak yang baik, insan solehan, berjaya di dalam hidupnyer dan sentiasa mendapat rahmat dari mu ya Allah...amin yarabbal alamin


Friday, April 15, 2011

Pea Sprout...bleh masak ker?



Assalammualaikum...

Nak tanya lah....

Semalam hubby dok beli sayur kat bawah ni...'Pea Sprout'...1st time beli...benda alah ni bleh dimasak ker or dibuat ulam jer ek?...ce citer..ce citer...


Gambar hiasan



Dijual di dalam bekas segini.....


Tolong Please Help...heheh

Thursday, April 14, 2011

Kanak kanak maut akibat sengatan TEBUAN



Assalammualaikum,

Dapat info ni dari email kenalan, terpanggil nak share ngan member bloggers and FB pula...bagi mereka yang ada anak kecil tu, elok baca dan ambil langkah sewajarnyer sekiranya berlaku antara kita...

Entry ini agak panjang, tapi elok dibaca yer..



Sepasang suami isteri di Teluk Intan, Perak yang kehilangan anak kesayangan mereka akibat disengat tebuan kunyit.



Kematian yang sangat tidak disangka itu mewujudkan seribu persoalan bukan sahaja tentang kehilangan nyawa anak kecil yang tidak berdosa malah mengenai tebuan tersebut yang selalu dianggap sebagai serangga biasa oleh kebanyakan orang.


Mengimbas kembali kejadian itu, Asyhraff Nabil Abdullah, 7, dari Kampung Parit Che Maja, Sungai Tiang Darat, Bagan Datoh, Teluk Intan, Perak iaitu anak tunggal kepada pasangan suami isteri, Abdullah Yusoff, 53, dan Noraini Samijo, 42, telah disengat tebuan kunyit pada hari Isnin 31 Januari lalu.


Menurut Abdullah, anaknya sebelum kejadian telah pergi ke bilik air untuk membuang air kecil dan mencuci muka. Beberapa minit kemudian, arwah dikatakan menjerit kesakitan.  
 
Isteri Abdullah yang bergegas ke bilik air itu segera mengibas-ngibas tuala yang digunakan anaknya untuk menghalau serangga yang dilihat berwarna kuning berbelang-belang di badan dan berbentuk bulat seperti kumbang hitam.



Asyhraff sebenarnya telah disengat seekor tebuan kunyit di hidungnya ketika mengelap muka dengan tuala.


“Kami ingatkan gigitan serangga biasa dan tidak berbuat apa-apa. Pada lewat malam kejadian itu, badan anak saya menjadi panas dan mukanya bengkak. Kami menggegaskan dia ke sebuah klinik kesihatan di Sungai Batang kira-kira pukul 9 pagi keesokan harinya.


“Doktor yang memeriksa Asyhraff memberikan ubat sapu dan meminta agar dia dirujuk ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk rawatan lanjut. Mukanya semakin membengkak manakala demam kuat masih tidak beransur kurang. Dia juga hilang upaya untuk berjalan,” imbas Abdullah.


Dalam perasaan hiba Noraini menceritakan semula, anaknya dikejarkan ke wad kecemasan sekitar pukul 2 petang oleh doktor dan jururawat HTI. Melihatkan keadaannya, kumpulan petugas perubatan itu memberi rawatan kecemasan di samping pengambilan ujian darah.


“Saya berada di sisi anak saya ketika doktor dan jururawat memeriksanya. Doktor memberi tiga dos suntikan kepada Asyhraff selain menekan jantungnya bagi menstabilkan semula kadar pernafasan yang ketika itu dilihat semakin lemah. Tiba-tiba anak saya muntah darah.


“Selama lebih lima jam doktor cuba menyelamatkan anak saya. Kami jadi kaku apabila doktor akhirnya memberitahu bahawa anak kami telah meninggal dunia ekoran racun tebuan itu sudah sampai ke sistem saraf otak,” katanya yang tidak dapat menahan tangisan.


Noraini memberitahu, tebuan kunyit itu mempunyai sarang yang dibina dengan daun-daun kering di bawah pokok pisang yang terdapat di halaman belakang kediaman mereka.


Kuasa sengatan

Kejadian menyayat hati tersebut seolah-olah menunjukkan bahawa serangga itu amat berbahaya ekoran sengatannya yang membawa maut terhadap seorang kanak-kanak.


Persoalan mula timbul. Sejauh manakah daya ketahanan seseorang untuk ia melepasi risiko maut sekiranya disengat tebuan? Adakah ia berkaitan dengan faktor kesihatan dan usia? Paling utama, ramai yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai serangga itu yang selama ini sekadar dianggap ‘kumbang biasa dengan bisa yang lebih’.


Kosmo! telah menemui seorang pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dari Bahagian Kawalan dan Gangguan Hidupan Liar untuk menjelaskan kejadian itu.


“Tebuan tergolong dalam keluarga Order Hymenoptera, daripada keluarga Vespidae yang terdiri dari lebih 5,000 spesies tebuan dan serangga lain.

TEBUAN kunyit boleh dikenali melalui belang kuning pada badannya.




“Spesies utama di Malaysia ialah Vespa tropica iaitu tebuan kunyit yang membuat sarang daripada cebisan-cebisan tumbuhan yang dilumatkan menjadi seperti kertas di dalam hutan tebal,” terang A. Morganasunderam, 51, yang berkhidmat dengan Perhilitan sejak 31 tahun lalu.


Dia yang mempunyai pengalaman mengenali spesies hidupan khususnya melibatkan ekosistem dan habitat serangga termasuk tebuan memberitahu, tebuan kunyit merupakan spesies yang boleh dianggap berbahaya jika kawasannya diganggu manusia dan hidupan liar lain.


“Seperti tebuan tanah, ia juga sangat beracun dan sengatan amat menyakitkan. Tebuan kunyit mudah dikenali pada warna kuning dan berbelang pada badannya dan ia boleh membesar sehingga lebih empat sentimeter (sm).


“Sengatan tebuan kunyit memang berbahaya. Seseorang yang terkena sengatannya perlu mendapatkan rawatan segera, terutama kalau melibatkan kanak-kanak,” katanya.


Menurut Morganasunderam, racun yang dilepaskan, walau setitik, mampu meninggalkan kesan seperti bengkak teruk selain melemahkan badan jika melibatkan orang dewasa.


“Akan tetapi jika kanak-kanak disengat tebuan, racun tersebut mampu menjejaskan daya ketahanan selain kesan bengkak yang pedih pada bahagian atau anggota tubuh yang disengat.


“Jika sengatan itu pada sistem saraf atau saluran darah seperti di bahagian muka, ia memang serius dan mangsa perlu dibawa segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Jika terlambat, maut boleh terjadi,” terangnya.


Morganasunderam menambah, tebuan kunyit atau tebuan tanah adalah spesies biasa yang tinggal dalam habitat hutan serta belukar. Ia hanya keluar pada waktu malam dan ia amat sensitif pada pergerakan manusia.


“Mengenai kes Asyhraff, kemungkinan ketika dia sedang mengelap muka, tekanan pada tuala menyebabkan tebuan yang secara kebetulan melekat di tuala itu terasa terancam lalu menyengat di bahagian hidung mangsa.


“Saya berpendapat, sengatan tebuan kunyit itu menjadi lebih serius kerana rawatan yang sepatutnya diterima mangsa dilengahkan sehingga sehari. Toksik dalam bisa tebuan itu sudah menyerang saraf dan bahagian otak hingga melumpuhkan mangsa sebelum maut,” jelasnya.


Selain berpesan agar setiap sengatan serangga, baik di rumah atau di habitat semula jadi, perlu diberikan rawatan asas agar tidak membawa kemudaratan, Morganasunderam turut menasihatkan supaya kanak-kanak yang terkena sengatan serangga berbisa di bahagian sensitif anggota badan perlu segera dirujuk ke hospital.


Menekap ais

Dalam pada itu, Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Kanak-kanak, Dr. Chin Wai Seong, berpendapat, sengatan tebuan pada seseorang manusia dewasa atau kanak-kanak sebenarnya tidak serius kecuali beberapa faktor tertentu.


Menurutnya, sesuatu yang tidak boleh diabaikan, sama ada mangsa itu orang dewasa mahupun kanak-kanak, adalah tindakan kecemasan pertama.

 
TEBUAN boleh menjadi peracun dan mempunyai sifat agresif seperti menyerang manusia sekiranya diancam.


“Tindakan pertama adalah dengan meletakkan ais atau air sejuk di tempat sengatan itu untuk membekukan tempat sengatan seterusnya menghalang racun itu merebak dalam tempoh tertentu,” ujar Wai Seong.

Satu kesilapan yang sering dilakukan adalah dengan menyapu minyak angin pada tempat sengatan. Tindakan itu hakikatnya tidak berkesan untuk meredakan kesakitan tersebut.


“Ini kerana sengatan serangga seperti tebuan atau lebah ganas akan menyebabkan badan mangsa terasa panas, gatal dan bengkak di tempat gigitan. Jika ubat seperti minyak angin digunakan, ia akan menambah kepedihan dan kepanasan pada badan. Itu hanya memburukkan lagi keadaan.


“Langkah kedua selepas meletakkan ais atau air sejuk adalah mereka perlu membawa mangsa ke klinik kesihatan berhampiran dalam masa dua jam untuk mengelak racun itu merebak ke anggota badan dan bercampur dalam darah,” jelasnya.
 
Di klinik, mangsa akan diberi ubat sapu untuk bengkak dan mengurangkan gatal dan ia seharusnya memadai bagi mengatasi masalah ini.



Namun bagi kes yang lebih serius, langkah rawatan kecemasan pertama di klinik atau hospital adalah pemeriksaan reaksi dan kesan serius alergi. Antara simptom yang diperiksa adalah keadaan mata yang bengkak, demam panas, gatal-gatal dan badan yang lemah.


“Sekiranya tanda-tanda itu dikenal pasti, doktor akan memeriksa tekanan darah, membuat ujian darah, memeriksa paru-paru dan sistem antibodinya sebelum bertindak memberi suntikan dan tindakan sewajarnya.
 
Mengulas kes kematian Asyhraff, Wai Seong berpendapat, kanak-kanak itu mungkin tidak mempunyai daya ketahanan melawan penyakit disebabkan reaksi dan tindak balas alergi yang dialami selepas terkena sengatan pada malam kejadian tersebut.



“Ekoran itu, sejenis cecair protein yang terkandung dalam racun tebuan itu telah ‘disuntik’ ke dalam badan sejurus ia menyengat hidung mangsa. Malangnya, sengatan itu terlalu hampir dengan sistem sarat otak dan mata.


“Keadaan ini mengundang sistem imunisasi kanak-kanak itu bekerja keras untuk melawan tindak balas cecair itu dan akhirnya mengalah ekoran tiada tindakan kecemasan malam itu,” katanya.


Biasanya, hanya sengatan melibatkan lebih daripada dua ekor tebuan boleh membawa situasi cemas. Asyhraff yang hanya disengat seekor tebuan itu adalah bukti nyata betapa rawatan segera tidak boleh dipandang ringan. Secara teorinya, kelemahan daya ketahanan dan kesan alergi mangsa itu sendiri telah mengorbankan nyawanya.


Pengalaman disengat tebuan :

TIADA..hehe



Tuesday, April 12, 2011

Penyakit 'Kasih Sayang'



Assalammualaikum,

Korang tau ker apa dia 'Penyakit Kasih Sayang' tu?.....hehehhee



Gini citernyer....

Rabu lepas aku perasan ada bintat merah besar gaklah kat belakang badan Miqhail....lepas mandi aleh2 satu2 bintat merah lain naik ....jenis yang berair plak tu......terus malam tu gak bwk gi klinik....confirm doc sahkan it's
'Chicken Pox'....

Makanyer aku pun Work from Home that Thursday and Friday, and hubby takes turn yesterday and today...hopefully by tomorrow Miqhail recovers and is allowed to stay at kindy....hmmm..(time2 ni lah elok ada maid)...

Anyway...aku inform Mak, and Mak pun bagilah nasihat2 bernas dan pantang larang yg termaktub dalam menjaga anak yang kena 'Chicken Pox' ni....

Antaranyer :
1) Jangan menggoreng di dalam rumah (I don't see the connection here....apa pun ikutkan jer lah)
2) Jangan bagi makanan berminyak dan gatal...now that's logic
3) Mom's Tender Loving Care (bak kata Mak...jangan dimarah budak tu langsung)...

Biler Mak cakap yang nombor 3 tu, aku pun terus nyesal, sebab aku ada marah dia sekali...sebab tak nak makan....sampai nangis gak la aku buat....then Mak marah aku balik...

mak kata :
"Ko ni, janganlah marah Miqhail tu, penyakit ni apa orang kata 'Penyakit Kasih Sayang' tau....kena selalu main2 ngan dia, manjakan dia....baru lah cepat sembuh...kalau dimarah nanti takut 'bentan'...."

Biler dengar jer perkataan 'bentan' tu ...aku terus panic...terus dapatkan Miqhail..peluk cium dia....and bagi apa dia nak.....takut wooo...

Ha. tu lah Penyakit Kasih Sayang ....it's 'Chicken Pox' version Mak aku.....heheh


Gambar hiasan



Tapi kan....aku kesian sangat sekarang ni, sebab dia macam kesunyian ....apa tak nyer...biler dia datang dekat kakaknyer nak main sama, kakak nyer lari...kitorang yg suruh...takut berjangkit lak...sebab Aina pernah kena small pox jer dulu...bleh kena yg ni kalau tak quarantine...abis canner?...


Ni la ha Miqhail lepas disapukan ubat satu badan.....he's good, biler kita kata jgn garu, dia x garu....sian anak Mama .....

Gambar setelah dicrop...'sensored'...kat umah memang tak pakai baju.......pakaikan short jerk...


Rambut depan dah panjang...tak dan nak potong...last2 ikat camni jer...takut dia rimas and berpeluh....kat dahi dan kulit kepala pun ada.....bukan tu jer...kat anu pun ada sket!!....tak senonoh betul penyakit ni....huhu



Ni lepas mandi, baru nak applykan ubat balik....nampak tak? ....byk di muka dan belakang badan...depan kurang sket...



Semoga Miqhail cepat sembuh dan kekal 'HENSEM'
(janganlah ada kesan parut di badan, especialy di muka yer...satgi jatuh saham anakku..)