Monday, May 30, 2011

Akhirnyer, setelah 3 percubaan..aku BERJAYA



Assalammualaikum,

Akhirnyer aku dah pandai buat kek!!!!...
Yippieee....

Perasannyer la kan....tak dulik....yang penting aku dah ada fomular paling senang nak buat kek....
mudah, tak remeh, sedap dan yang penting MENJADIK!!!....

Sebelum ni aku dah try 2 kali bakar kek oren.....jadik tu jadik tapi lepas makan famili terdekat jer ler...keknyer gebu di luar, padat dan agak basah di tengah2....huhu...kira tak serata la orang kata...memang tak lulus kalau nak hidang kat tetamu...ahaks...

Special thanks to Lady of Leisure sebab memperkenalkan aku formula kek paling senang di dunia ni....


Kasi bukti sket...

Kek sedang dibakar.....



Setelah 1 jam dibakar....



Siap dikeluarkan dan disejukkan



Wallah....masa untuk mamam......sangat puas hati...



Tahu lah gambar langsung tak der commercial value ...macam gambar kat bawah ni kan..





Macam aku cakap lah...yang penting..MENJADIK....ekeke


Nak resepinyer sila masuk link ni yer...




Aku tukar sket2 jer, bab gula tu aku letak 1 cawan jer....tak nak manis sangat...and aku gantikan buah oren ngan sunquick jer...ekekek...kata nak paling senang di dunia kan....


Nota : Baru bersemangat nak gunakan oven aku tu balik.....pas ni nak blajar buat caramel la plak....bleh layan time posa nanti.....perrghhhh...ada sesaper resipi caramel paling senang di dunia?????




Sunday, May 29, 2011

Inilah yang sepatutnyer berlaku sebelum setiap Perlawanan




Teruja dan terharu melihat kekhusyukkan para pemain kedua belas Kelantan ini yang tetap menunaikan solat meskipun terpaksa beralaskan hamparan batu merah stadium keramat mereka. Lokasi dari pintu H ini diharap dapat membuka hati dan iman para penyokong Kelantan yang lain dalam melaksanakan tugasan kepada Maha Pencipta.




Terima kasih juga kepada pihak pengurusan stadium yang menyediakan kemudahan air dan tikar untuk memudahkan para penyokong yang hadir menunaikan kewajipannya. Usaha dan sikap yang dipamerkan semua pihak ini harus diteruskan dan dipuji sebagai contoh kepada umat islam lain dengan harapan menjadi ikutan para penyokong Kelantan yang lain.

Situasi ini sukar untuk dilihat di stadium lain atau disiarkan di dada akhbar. Ini antara watak-watak yang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan meskipun ada segelintir penyokong Kelantan yang menyebabkan penyokong Kelantan yang lain dipandang sinis penyokong pasukan lain. Yakinlah! Kemenangan atau keputusan perlawanan akan lebih bermakna jika mendapat keredhaan Illahi.




Kita tidak pernah menyedari untuk memanfaatkan solat sebagai alat penolong, sumber hidup, penerang jiwa dan tempat kita bertanya Allah SWT tentang persoalan yang sukar diselesaikan.



“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”

(QS: Al-Baqarah 2:45)





"Kesedaran dan kepercayaan itu datangnya dari Allah. Allah mengilhamkan kita samada taqwa atau fujur (kefasikan/keburukan). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (fujur) dan jalan ketaqwaannya."

(QS Asy Syams 91:8).





"Khusyuk di dalam solat itu mudah. Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu"

(QS: Al-Baqarah 2:18

Penyokong KELANTAN BERJEMAAH Di Padang Bola








. "Semoga menjadi ikutan kepada pasukan bola sepak negeri lain juga, insyaAllah"

Friday, May 27, 2011

Bergelinangan Air Mata Ku



Assalammualaikum,

Aku nangis...ya aku nangis..tapi kenapa?


Buruknyer rupa orang tua nangis....


ni time dah reda sket...


Sebak masih ada..tahan..tahan...


'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

'
'
'
'
'
'

Sebenarnyer aku nangis sebab perasaan terharu yang amat.....citernyer gini

Cuti ari Wesak Selasa lepas, kan aku celebrate Hari Ibu dan May Birthday Bash kat umah parents.....sesampai aku kat sana, Mak ngan Adik tak der umah..kakak gitau yg depa gi kedai...aku terpikir gak..aik..biasa kalau anak ramai2 dtg umah ..Mak mesti ada untuk sambut kitorang....aku pikir ..mungkin ada benda Mak nak beli ..yelah..barang nak masak x cukup kot....tapi naper tak suruh adik2 lelaki tu jer gi beli....? kay ..pikiran aku stop kat situ jer...tidak plak aku bertanya lebih2...


Majlis berjalan cam biasa.....aleh2...kakak ku panggil aku ke dapur...suruh potong daun sup untuk sup daging.....padahal..ramai lagi orang kat dapur berkeliaran...aku gak dipanggilnyer...hehehe..tak per lah...buat kan jer....



Elok lepas makan2...n potong kek Hari Ibu dan Birthday anak2 sedara....aku pun masuk ke ruang tamu...

Tiba2 ....Mak datang membawa sebijik kek....sambil berkata

"Happy Birthday!!!"

....aku siap tanya...eh untuk saper nih?......Mak kata "untuk Aleyn lah".....OHHHHH...terus aku hiba....sebak....perasaan tak menentu...dan automatik air mata aku deras jatuh ke pipi.....Mak letak kek di hadapan aku...memeluk dan mencium pipi ku....aku masih tak berapa sedar akan situasi itu sebab masih terkejut....I realy realy didn't see it coming.....elok Mak lepas kan pelukan ...baru aku tersedar ....pergi semula kepada Mak dan memeluk Mak pula....sambil mengucapkan

"Terima Kasih Mak"
...Aleyn SAYAAANG Mak"

Gitulah....alkisah suprise birthday celebration untuk aku di usiaku yang 30++ ni....hehehe....Mak Abah dan adik beradik rupanyer sepakat buat suprise gitu...tu yg depa menghilang dan dalam membuat persediaan tu aku kena potong daun sup kat dapur.....ekekeke

Aku terharu giler beb...

Bukan tu jer.....Depa siap belikan aku birthday gift lagi.....aku dapat table lamp yang sangat cantik ini....






Betapa aku rasa sangat dihargai dan disayangi.....Alhamdulillah....





Ngada....nak letak lilin gak atas kek....


Di usia begini pun masih berpeluang meniup kek hari jadi...hehhe




Yang ni pula...

Pemberian Abang pada ku.....lepas ni bleh lah aku gi shopping!!!..tengah list nak beli apa...hehe






Selain daripada tu...aku claim Birthday Voucher dari Jusco gak....1st time claim ni...last year tak sempat...huhu




Dapatlah kupun ni sumer.....yang kat bawah ni aku nak let go...sbb tahu takkan guna pun...








 
 

Ada sesaper nak?




Ha...yang kat bawah ni, insyaAllah akan digunakan...hehe





Itu jer kisah tangisan di Hari Lahir...Cewah.....

Wednesday, May 25, 2011

Penghuni Flat Singapura Minum Air Mayat



Assalammualaikum,

Korang dah dengar tak kisah ni...pembunuhan yang terjadi di flat di Singapore baru2 nih....


Singapura - Penduduk di beberapa buah flat di Woodlands tidak menyedari bahawa mereka menggunakan air termasuk untuk memasak adalah daripada sebuah tangki air yang mengandungi mayat reput seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mati, lapor akhbar Straits Times semalam.







Eeiiuuuu...how gross is that!!!





Mereka hanya mengetahui tangki air itu mengandungi mayat wanita tersebut selepas membuat aduan kerana air paip kelihatan berwarna kekuningan dan agak berbuih.

Empat penduduk flat itu di Blok 686B, Woodlands Drive 73, menghubungi Majlis Perbandaran Sembawang untuk membuat aduan tersebut.

Seorang jurucakap polis memberitahu agensi berita Associated French Press, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 27 tahun telah ditangkap berhubung kematian pembantu rumah tersebut yang berusia 30 tahun.


Mayat wanita itu ditemui di dalam salah satu daripada lapan tangki air di atas bumbung flat setinggi 15 tingkat itu kelmarin selepas polis menerima panggilan daripada seorang pemberi maklumat dipercayai rakan lelaki Bangladesh tersebut.


"Kejadian ini amat menjijikkan. Semua keluarga saya memakan habis seperiuk sup kacang hijau yang dimasak pada pagi ini," kata seorang penduduk flat tersebut, Choi Ah Moi.

Seorang suri rumah berusia 33 tahun, Ally Lee pula berkata, pembantu rumahnya memasak mi sup untuk anak perempuannya dengan menggunakan air mayat tersebut. "Saya fikir saya mahu membawa anak perempuan saya berjumpa dengan doktor," katanya.

Pembantu rumah itu bekerja di sebuah flat di tingkat enam dan semasa ditemui mayatnya tersebut didapati mengalami luka di belakang badan selain memakai baju-T dan seluar bermuda.

Pengurus Besar Majlis Perbandaran Sembawang, Soon Min Sin berkata, semua air di lapan tangki itu dibuang dan dibasuh dengan menggunakan bahan pembersih kuman.- Agensi

 











Blueeekkkk!!!

Monday, May 23, 2011

Sambutan Hari Ibu dan May Birthday Bash



Assalammualaikum,

Masih belum terlambat nak wish

'Selamat Hari Ibu'
kan....

Kitorang sambut pun agak lewat...cuti Hari Wesak 17 Mei ari tu baru berkesempatan untuk berkumpul dan meraikan Ibu Tersayang
Hajah Raja Radziah....


I'll let the pics tell the story ya....happy viewing...

Kaum ibu bersama anak masing2 dalam keluarga Haji Mohd Hisham


1 Big Happy Family...excluded the Son In Laws...hahha...


Di samping sambutan Hari Ibu, kitorang turut meraikan Hari Kelahiran bagi mereka yang jatuh pada bulan Mei....alang2 dah berkumpul tu kan...

The Birthday Girls and Boys...Aina dan aku pun selit sekali (Aina 18 April, Aku 18 Mei)...ekeke




The Mothers Day and Birthday Cake (2in1)



Goodies....varies based on the receiver...best2...



Aina sibuk larang Miqhail nak usik goodies tu.....



Apa yg dicariknyer?...rupa2nyer star lollipop ni jugak menjadi idaman kalbu...hai..


Walaupun Birthday Aina dah sebulan berlalu, tapi still dapat birthday gift dari Mak Alang and Grannies lagi....Thanks a Lot!!!




The Menu

Spaghetti, Sup Tulang dan Ekor, Mihun goreng Singapore, Drummet, Cake and Chicken Pie for dessert





The dessert - Home Made Chicken Pie....yummyyyy




 



Ada game jugak....nak bagi happening happening...

Dalam setiap goodie bag ...ada sand art ....so apa lagi.....bentang tikar..lapik plastik dan bermulalah sessi menabur pasir warna.....
Luv this pic...
Life is so colourful....




 
 


Macam Aina...aku pun teruja gak nak main sand art ni...heheh






Game of Charades (Gayakan dan teka)



Aina mendengar dengan teliti sebelum menggayakan clue yang diberi....



Dia berjaya buat 3 benda dalam 1 minit..ok la kan....aku ..hmm 2 jer...ahaks...maluu!!


Tu jer.....Sangat Happy biler dapat gather ramai2 cam ni.....