Wednesday, October 26, 2011

Kisah Junko - Mangsa Rogol paling Tragis





Junko Furota, seorang mangsa seks yang paling dahsyat didera. Beliau telah diculik, didera, dirogol dan dibunuh selama 44 hari oleh 4 orang pembunuh paling sadis. Kisah beliau perlu diketahui semua manusia.




Menurut sesetengah sumber, Junko Furota dilahirkan pada 22 November 1972. Berasal dari Misato, wilayah Saitama. Maklumat ibubapanya tidak dapat diselidiki, barangkali dilakukan oleh pihak berkuasa untuk melindungi maklumat keluarga beliau.



Pada 25 November 1988, ketika beliau baru sahaja berusia 16 tahun, beliau telah diculik oleh 4 orang lelaki. Mereka membawanya dan kemudian mengurungnya di kediaman keluarga Kamisaku, iaitu salah seorang penculik beliau. Rumah tersebut terletak di Ayase, di daerah Adachi, Tokyo. Mereka memperkenalkan Junko sebagai seorang teman wanita kepada salah seorang daripada mereka. Berikut ialah senarai penculik Junko:

Hiroshi Miyano (宮野裕史 Miyano Hiroshi) (Pesalah pertama. Telah menukar namanya kepada Hiroshi Yokoyama setelah dilepaskan dari penjara(横山裕史Yokoyama Hiroshi))

Jō Ogura (小倉譲 Ogura Jō) (Menukar namanya kepada Jō Kamisaku (神作譲Kamisaku Jō?))

Shinji Minato (湊伸治 Minato Shinji)

Yasushi Watanabe (渡邊恭史 Watanabe Yasushi)

Tetsuo Nakamura (中村哲夫 Nakamura Tetsuo)

Kōichi Ihara (伊原孝一 Ihara Kōichi)

Untuk menutup perbuatan mereka, salah seorang daripada penjenayah tersebut menyuruh Junko menghubungi ibubapanya dan memberitahu bahawa beliau telah lari dari rumah dan sedang berada dengan temannya dan ‘tidak dalam bahaya’.



Sepanjang dikurung, Junko pernah beberapa kali cuba melarikan diri, tetapi tidak berjaya dan akan diseksa dengan lebih dahsyat setelah ditangkap. Beliau juga banyak kali merayu kepada ibubapa Kamisaku iaitu tuan rumah tempat beliau dikurung untuk membantu beliau, tetapi mereka takut diapa-apakan oleh penculiknya. Tambahan pula, salah seorang daripada penculik beliau merupakan pemimpin rendah yakuza, dan memberi amaran akan menyuruh kenalannya membunuh sesiapa yang cuba masuk campur.





Seksaan-seksaan yang Junko deritai:

HARI PERTAMA:

Diculik.

Dirogol (lebih daripada 400 kali)

Kebuluran dan kekurangan nutrisi

Makan lipas untuk makanan dan minum air kencing sendiri

Dipaksa onani

Dipaksa berbogel di hadapan penculiknya

Dicucuh dengan pemetik api

Dubur dan kemaluannya dimasukkan objek asing



HARI SEBELAS:

Dipukul berulang-ulang kali

Mukanya dihadapkan ke lantai konkrit dan penculiknya melompat di atas kepalanya

Tangan diikat ke syiling dan badannya dijadikan punching bag

Hidungnya dipenuhi darah yang banyak sehingga hanya dapat bernafas melalui mulut

Alat pengangkat berat dijatuhkan ke atas perutnya

Muntah ketika cuba minum air (perutnya tidak dapat menerima air)

Cuba melarikan diri dan dicucuh rokok di lengannya

Dituang cecair mudah terbakar di atas kakinya, kemudian dibakar (barangkali untuk mengelakkan dia melarikan diri)

Botol dimasukkan ke dalam duburnya, mengakibatkan kecederaan



HARI 20:

Tidak dapat berjalan dengan betul kerana luka terbakar yang teruk di kaki

Dipukul dengan buluh

Duburnya dimasukkan mercun dan kemudian dinyalakan

Tangan dihempap dengan objek berat dan kukunya dipecahkan

Dipukul dengan kayu golf

Rokok dicucuh ke dalam kemaluan

Dipukul dengan batang besi berulang kali.

Dipaksa tidur di balkoni dalam cuaca musim sejuk

Batang besi pemanggang untuk memanggang ayam dimasukkan ke dalam kemaluan dan dubur mengakibatkan pendarahan



HARI 30:

Lilin panas dititiskan ke muka

Kelopak mata dibakar dengan pemetik api

Dicucuk jarum di bahagian dada

Puting buah dada kiri di potong dan dihancurkan dengan playar

Mentol lampu yang panas dimasukkan ke dalam kemaluan

Pendarahan yang teruk di kemaluan akibat dimasukkan gunting

Tidak boleh membuang air kecil dengan baik

Kecederaan yang teruk sehingga mengambil masa satu jam untuk turun dan pergi ke tandas

Gegendang telinga mengalami kerosakan yang teruk

Saiz otak mengecut



HARI 40:

Merayu penyeksanya “membunuhnya dan membiarkan semuanya berakhir”

I JANUARI 1989:

Menyambut tahun baru bersendirian.

Badannya sudah hilang rupa dan fungsi asal.

Tidak dapat bergerak daripada lantai.



HARI 44 (HARI KEMATIAN):

Penculiknya memukul tubuhnya dengan batang besi angkat berat, menggunakan alasan kalah bermain mahjong untuk berbuat demikian. Junko berdarah dengan sangat teruk di mulut dan hidungnya. Mereka membakar muka dan matanya dengan lilin.

Cecair pemetik api disimbah ke kaki, tangan, muka dan perut, kemudian api dinyalakan. Seksaan terakhir Junko ini mengambil masa lebih dua jam. Tidak lama kemudian, Junko meninggal dunia dalam kesakitan.

So that’s all peeps. Menurut sumber, lebih 100 orang mengetahui keadaan Junko di rumah tersebut, tetapi tidak dapat dipastikan mereka turut merogol atau menderanya atau cuma melawat rumah tersebut. Walau bagaimanapun, tiada siapa di antara 100 orang tersebut cuba menghubungi pihak polis.

Penjenayah tersebut tidak dikenakan tindakan yang berat. Mereka juga cuma didakwa atas ‘mencederakan anggota badan sehingga membawa kematian’ dan bukannya ‘pembunuhan’. Keluarga Junko cuba membawa kes tersebut semula ke mahkamah, tetapi gagal kerana penemuan bukti iaitu air mani dan bulu kemaluan yang tidak menepati DNA penjenayah. Pendapat saya, bukti tu boleh ditukar. Sebab salah seorang daripada penjenayah tersebut ialah ahli yakuza, yang mempunyai cara untuk memastikan mereka tidak akan dikenakan hukuman yang berat. Mereka hanya dikenakan hukuman maksimum penjara 4, 6 dan 8 tahun masing-masing, dan penjara 20 tahun kepada ketua penjenayah tersebut. Keadilan tidak tertegak untuk Junko. Penjenayahnya masih bebas hingga kini (tidak dapat dipastikan penjenayahnya terbunuh atau terselamat sewaktu tsunami melanda). Ini ialah peringatan kepada semua untuk melindungi anak-anak, adik beradik daripada menjadi mangsa kejadian seperti ini. Semoga Allah melindungi kita semua.



P/s : tak pernah lagi dengar kes sedahsyat ni. yang lain, lepas rogol kena bunuh. takdela sampai didera berulang2 sampai 44 hari sampai nyawa-nyawa ikan! Berehatlah dengan tenang, Junko...

25 comments:

ajumohit said...

Kejamnya cerita pembunuhan ni, nauzubillah mintak dijauhkanlah hndknya ya allah

Aleyn said...

Buas dan kejam....lagi kes manusia sekeliling tak prihatin....

Cho Zila said...

tidak tergambarkan kesakitan yang dialami oleh mangsa... begitulah hukuman dunia.... tapi rasanya penjenayahtu diduniapun tak aman punya...

Atia Adina said...

ya allah...jauhi lah kami dari orang yang zalim dan kejam

Aleyn said...

Zila,
Mental tol perogol tu sumer kan....

Aleyn said...

Atia,
Amin

eB said...

nauzubillah, knaper la kejam sgt... moga allah bls seadanyer... mohon kiter & keluarga dilindungi ... aminnn...

::NureeN:: said...

ya ALLAH.. kejam!!!! x dak perasaan lgsg ka.. smpi mcm tue depa belasah junko.. moga kita sentiasa dilindungi olehNYA..amin

kuchalana said...

manuasia ketika ini smakin kejam... kita kembali kepada zaman jahiliyah..

terbaik.. kita jaga org terhampir dgn kita.. insyallah...

wahida said...

paling kejam!! kejam!!
geram aku dgr ni...eiiiiiii!!!
moga dijauhkan kita dan family drp celaka seperti ini...amin...


nok, dah try follow aku lum? tak jadi jugak ke?

Aleyn said...

eB,
Tah apa lah yang dia marah sangat kat pompuan tu...sampai bonyoh dibuatnyer....

Aleyn said...

eB,
Tah apa lah yang dia marah sangat kat pompuan tu...sampai bonyoh dibuatnyer....

Aleyn said...

Nureen, InsyaAllah...semoga kita semua dilindungi dari makhluk2 perosak ini

Aleyn said...

Kuchalana,
Betul tu...sekarang ni kuar rumah pun takut...

Aleyn said...

Wahida,
Jap saya try lagi sekali....

Anonymous said...

Hi would you mind sharing which blog platform
you're using? I'm looking to start my own blog in the near future but I'm having a tough time selecting between BlogEngine/Wordpress/B2evolution and Drupal. The reason I ask is because your layout seems different then most blogs and I'm looking for something
completely unique. P.S Apologies for getting
off-topic but I had to ask!
My blog post - adoption poems for daughter

Anonymous said...

Hello friends, good post and fastidious urging commented at this place, I am genuinely enjoying by these.
Also see my webpage > ncmfcoop.org

Anonymous said...

Excellent article! We are linking to this great post on our site.
Keep up the good writing.
Also see my web site > tvforseniors.My3dcg.Com

Anonymous said...

I really like looking through an article that will make people think.
Also, thank you for allowing me to comment!
My web-site :: www.siteglimpse.com

Anonymous said...

Appreciate this post. Let me try it out.

Feel free to surf to my blog ... absolutely true diary of a part time indian

Anonymous said...

I love it when people get together and share views.
Great website, stick with it!

Feel free to surf to my page: www.mymdclinic.com
My webpage :: http://cakeandice-cream.blogspot.com/2005/11/so-eddie-isnt-gay.html

Anonymous said...

I'm gone to convey my little brother, that he should also visit this blog on regular basis to get updated from hottest gossip.

Here is my blog - achilles tendon strap

Anonymous said...

I'm really loving the theme/design of your website. Do you ever run into any internet browser compatibility issues? A small number of my blog visitors have complained about my site not operating correctly in Explorer but looks great in Safari. Do you have any solutions to help fix this issue?

Check out my blog :: http://www.power.identifydomain.com/?site=hotmailcorreo1.com

Anonymous said...

buy electronic cigarette, e cigarette, smokeless cigarette, electronic cigarettes, electronic cigarette brands, e cigarette

yanmaneee said...

air max 95
adidas nmd r1
yeezy
christian louboutin outlet
asics running shoes
balenciaga
air max 2019
michael kors bags
golden gooses
off white hoodie