Monday, April 4, 2011

Guru Naik Hantu, anak yatim jadi mangsa



Assalammualaikum,

Aku betul2 emo ari ni.....mengenangkan wujudnyer SYAITAN bertopengkan GURU di kalangan anak2 kita.....

Aku tak paham, apa la yang nak dimarahkan sangat kat budak 7 tahun sebab mencuri wang RM7....sampai sanggup seorang yang bergelar Guru di sekolah AGAMA membelasahnya dengan kejam dan langsung tak berhati perut...sehingga putus nyawanyer....

For god sake, he's just 7!!!!!!....he has got a long journey to go in his life...and you cut it short just because of that small felony that he made?.....
Astaghfirullahalazim...bawak bertengang Aleyn...karang ko yang naik hantu kang...


*****************************

ALOR SETAR: Murid yang dikatakan dipukul seorang guru di asrama sebuah sekolah agama rakyat di Jejawi, Perlis sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.


Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi tadi sejak dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lalu.



Mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, Kangar petang tadi.



Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 7 malam pada hari kejadian apabila seorang guru lelaki yang berumur 26 tahun dikatakan telah memukul kanak-kanak tersebut selama hampir dua jam sehingga dia pengsan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya berkata suspek yang juga Penyelia Asrama sekolah berkenaan telah ditahan pada pukul 10 malam tadi.





Comel budaknyer....dah lah kehilangan ibu semasa kecil, ayah pula tiada di sisi, tu pun 'Guru Bang#$%' tu tak leh nak pikir....patutnyer anak ini diberi kasih sayang dan penjelasan atas kesalahan kecilnyer .....bukan diperlakukan dengan kejam....



Arwah Saiful Syazani sewaktu di dalam ICU - lihatlah hasil kekejaman seorang GURU....


Dalam petikan akhbar yang lain

**************************
"Ketika mula-mula masuk asrama, arwah gembira sangat-sangat. Dia kerap balik sebab sekolah tak sampai satu kilometer dari rumah kami," katanya.



Bapa kandung mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata anaknya dipelihara oleh keluarga angkat selepas isterinya meninggal dunia ketika Saiful Syazani baru berusia tiga tahun.



"Kali terakhir saya bertemu anak saya setahun lalu, sebab saya tinggal di Langkawi dan baru berpindah ke Jitra sebulan lalu," katanya.


Jenazah adik Saiful selesai disembahyangkan



Jenazah dikucup buat kali terakhir....



Dalam petikan akhbar yang lain

*************************

Difahamkan, guru terbabit tidak mengendahkan walaupun mangsa merayu dan menangis supaya perbuatan itu dihentikan.







Sumber polis berkata, mangsa yang diikat dan dipukul hampir dua jam itu bagaimanapun pengsan selepas mengalami kecederaan dalaman di kepala dan badan akibat dipukul bertubi-tubi oleh guru terbabit.




*************************

Semoga 'GURU' itu mendapat hukuman yang setimpal dunia dan akhirat, amin


10 comments:

Imaan09 said...

jahatnya..!sampai ati kan..

NM02 said...

ai sayu baca kesah aruah. kejam sungguh orang2 skang ni kan

Aleyn said...

Imaan09,
bukan sampai ati dah....langsung takder hati....

Aleyn said...

NM02,
Tu lah...nak kata tak berpelajaran...GURU...huhhh

yatie chomeyl said...

org yg pukul arah smapai mati tu, tak layak di panggil cikgu. lebih layak di panggil binatang, kejam dari pada binatang. bajingan!

Ummuafiq Hashim said...

Guru2 lain di sekolah tu pun patutnya dipersalahkan kerana membiarkan perkara tu berlaku... memberi imej buruk pada sekolah agama.

Aleyn said...

Yatie,
Memang pun...Setan, iblis..lagi tepat...

Aleyn said...

Ummuafiq,
Betul tuh...khabarnyer guru2 lain tengok jer...macam tak der benda yang salah....stupid tak? Depa ni masing2 tak der anak ker?

Nadiah Sidek said...

cikgu mcm tu tak berhati perut. kesian kat keluarga arwah. moga arwah tenang di SANA..

Aleyn said...

Itu sudah pasti, dia dah jadik ahli Syurga bersama ibunyer nanti...InsyaAllah..