Sunday, May 22, 2011

Kejadian Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa

KAJANG: Polis mengesahkan sehingga jam 8 malam ini lima orang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA Semungkis, di Hulu Langat, dekat sini.








Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkaat sementara itu 12 berjaya diselamatkan daripada tempat kejadian berkenaan. Beliau berkata, pasukan penyelamat dan polis akan meneruskan operasi menyelamat sehingga menemui semua mangsa kejadian. Kira-kira 20 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus

Setakat pukul 5.30 petang ini, lapan daripada mereka telah dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).











"Saya dengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya," kata Ketua Warden Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohamad Hambali Ismail, 34, ketika ditemuramah wartawan Berita Harian Online, sebentar tadi.

Katanya, ketika kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.

Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.


"Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus.


"Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya," katanya.
















Al-Fatihah..



6 comments:

Anonymous said...

al-fatihah buat adik2 yg tersebut, Allah lebih menyayangi mereka...

Aleyn said...

Betul tu...semoga roh mereka dicucuri rahmat, amin

*∽ IZAN ∽* said...

al-fatihah.. memang sungguh menyayat hati

ajumohit said...

Alfatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat...

Aleyn said...

Zan,
Mungkin juga peringatan daripada Allah kerana masyarakat sekarang semakin melupakan golongan anak yatim...Wallhualam

Aleyn said...

Ajumohit,
Ya...Al-Fatihah buat roh mereka...