Friday, September 9, 2011

Seluar Dalam Pembantu Rumah

Assalammualaikum....

Hi...macam2 diorang nih.....


SELUAR dalam dipasang zip adalah tempat yang selamat dan berkesan

untuk menyimpan barang curi.




KUALA LUMPUR - Seluar dalam rupa-rupanya bukan lagi sekadar pakaian


kerana ia juga berfungsi sebagai 'tempat' paling selamat' bagi segelintir pembantu rumah menyembunyikan barangan majikan yang dicuri.


Mereka dipercayai menyimpan barangan kemas dan wang majikan dalam seluar itu bagi mengelak majikan menemuinya semula di tempat lain.


Taktik itu terbongkar apabila seorang pembantu rumah terpaksa menceritakan kepada majikannya bahawa seluar dalam seperti itu memang ada digunakan oleh sesetengah pembantu rumah dari Indonesia .


Wanita itu terpaksa mendedahkan rahsia tersebut selepas dia sendiri disoal-siasat oleh majikannya, seorang pensyarah universiti yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah, 50.


"Saya dah banyak kali menjadi mangsa sehingga memaksa saya membuat pemeriksaan mengejut ke atas pembantu rumah baru-baru ini selepas barang kemas dan wang dalam beg duit saya hilang.


"Akhirnya saya jumpa seluar dalam berzip dan di situ dia menyimpannya,'' kata Faridah baru-baru ini.


Beliau menceritakan, pembantu rumahnya itu mengakui seluar dalam itu satu cara yang selamat dan berkesan untuk menyimpan barang curi.


"Saya pernah hilang cincin berlian berharga RM19,000 tetapi gagal menemui semula walaupun semua ahli keluarga menyelongkar bilik pembantu rumah.


"Satu-satu tempat tidak periksa ialah pada bahagian bawah badannya dan pada waktu itu saya tidak mengetahui dia memakai seluar dalam berzip,'' katanya dengan menambah, pembantu rumahnya itu sempat


melarikan diri selepas itu
 

****************************************

Antara sebab aku tak amik maid....korang2 berjaga2 yer....sekadar peringatan....










Psst : Hari ni birthday hubby....nak makan kat ner ek?

14 comments:

ajumohit said...

Pernah dgr dulu taktik diorg ni, mcm2 taktik diguna utk kepentingan diri, skrg ni mkn kt luar pon x slamat kan, mcm kes kt shah Alam tu, Malaysia suda x slmt

Aleyn said...

Betul la...abih nak pindah negara mana ni ek...huhu

yatie chomeyl said...

mcm2 kerenah bibik skrg ni huhuhuh

Aleyn said...

Tu lah....makin kreatip

lieyalatif said...

cis!! mmg celake bibik perangai camni....org dah tlg bagi keje, makan sume ...nak jugak jadik pencopek.....

Aleyn said...

Kan..tak kenal dek untung...panjang tangan

kuchalana said...

hahaha.. pandai depa ni.. tu yg ada kes kne sterika tu..

*∽ IZAN ∽* said...

first time tau ada seluar dalam khas cam ni plak.. lepas ni kalo check up kena cek seluar dalam bibik sekali ngah ngah ngah

eB ezrin said...

eee geli la.. hu3

Aleyn said...

Kuchalana,
Kannn...tau tak per...

Aleyn said...

Zan,
Tulah.....imigresen kena buat policy baru ni...scan seluar dalam sekali...ekeke

Aleyn said...

eB,
Memang depa semakin giler....duit nyer pasal

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

amboi memacam taktik diorang

Aleyn said...

Baby,
Makin kreatif diorang ni....