Friday, October 22, 2010

Tips Mengajar Anak2 Buat Saving



TIPS UNTUK ANAK-ANAK

1) Ajar anak anda permainan seperti Monopoly, Payday, Saidina dsbnya.

2) Sediakan wallet, pouch, handbag atau purse.

3) Belikan 2 tabung yang cute & kecil. Satu untuk simpanan tetap (tabung 1) & satu lagi untuk simpanan sementara (tabung 2). Setiap kali dapat duit, simpan 50% di tabung 1 & 50% untuk 2.
Gunakan tabung 2 (simpanan sementara) untuk membeli barang keperluan mereka. Ajar mereka untuk dapatkan sesuatu, mereka harus membuat simpanan. Sekiranya mereka nak beli kasut berharga RM30.00, suruh mereka simpan sehingga RM15.00 dan anda akan ’top-up’ selebihnya. Barulah mereka faham cara untuk mendapatkan sesuatu.

4) Buka akaun bank untuk mereka.


Kenapa tabung simpanan tetap (tabung 1) mesti bersaiz kecil?

Untuk cepat penuh dan mereka akan membawanya ke bank. Di sana mereka akan diberitahu, tujuan membuat simpanan di bank. Mereka akan kerap ke bank untuk membuat simpanan tetap untuk masa depan mereka.


Untuk anak2 Islam, latih mereka keluarkan 10% dari jumlah simpanan tabung 2 untuk disedekahkan di masjid pada setiap hari Jumaat (semasa solat Jumaat). Mereka akan faham konsep bersedekah & fadhilatnya.


Latih juga anak anda membuat kerja seperti basuh kereta, kemas bilik, jemur & lipat baju. Berilah mereka upah sebagai kefahaman untuk mencari duit kita kena kerja. (orang gaji/bibik juga dibayar kerana upah kerja rumahnya). Latih mereka kerja dengan upah berbayar di hujung minggu).


Beritahu anak2 kenapa kita harus membeli semasa Special offer, promosi, great saving dsbnya. Ajar mereka perlunya berjimat. Tidaklah mereka asyik membeli di musim yang tiada sale.
Latih mereka membuat senarai yang nak dibeli atau nak diganti seperti kasut sekolah, kasut sukan, alat tulis dsbnya. Bawa mereka ke pasaraya untuk melihat harga barang yang mereka kehendaki. Suruh mereka salin harganya. Balik rumah, bincang semula berapa kos yang diperlukan. Buka tabung ke-2 untuk mengetahui jumlahnya. Kira berapa lagi baki yang diperlukan. INGAT! Bantu mereka 50% dari jumlah keseluruhan.
Sentiasa ingatkan mereka supaya berjimat & beli yang perlu sahaja.

Sekian

No comments: