Tuesday, November 2, 2010

Al-Fatihah buat Arwah Chef Raman (Adabi)

*
*

ALOR GAJAH: Lebih 200 sahabat handai dan rakan setugas dari Adabi Consumer Industries Sdn Bhd menziarahi jenazah Allahyarham Chef Raman Abu Samah@Majid yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelemak, di sini, semalam. Allahyarham Chef Raman, 53, atau lebih dikenali sebagai Chef Raman Adabi, menghembuskan nafas terakhirnya di sisi rakannya di Hospital Sungai Buloh, Selangor kira-kira jam 6.30 pagi semalam iaitu sehari selepas dimasukkan ke hospital itu untuk rawatan susulan selepas menjalani pembedahan membuang batu karang di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban, kira-kira dua bulan lalu.



Allahyarham semasa sihat




Allahyarham semasa sakit


Jenazah Allahyarham yang dibawa dari Hospital Sungai Buloh, disembahyangkan di Surau Kampung Kelemak Dalam berdekatan kediaman ibunya di kampung itu sebelum dikebumikan selepas solat Zuhur semalam. Bekas isterinya, Azamimi Ali, 38, berkata, kesihatan Allahyarham menjadi tidak menentu sejak dua bulan lalu dan kerap mendapatkan rawatan di HTJ.





Pengkebumian

Gambar2 sekitar pengkebumian Allahyarham
Al-Fatihah buat Allahyarham, semoga rohnyer dicucuri rahmat, amin

No comments: