Thursday, April 28, 2011

Cara terbaik melupuskan Al-Quran Buruk atau tersalah Cetak



Assalammualaikum,


Korang tau tak macam mana nak lupuskan Al-Quran kita yang dah buruk?....sebelum ni tak pernah tahu pun macam mana depa buat....maklumlah ...Al-Quran kat umah masih elok ....

Anyway, sajer nak share kat uoll kot2 uoll ada Al-Quran buruk or risalah2 yang mengandungi ayat suci Al-Quran yang korang nak let go....

Meh baca kat bawah ni yer...





Pusat Pelupusan Percetakan Saufi kendali usaha musnah al-Quran, buku teks, surah Yassin dan risalah mengandungi petikan ayat suci



Tidak ramai yang tahu cara tepat untuk melupuskan kitab suci ini. Kejahilan ramai inilah yang telah mendorong sebuah syarikat tempatan iaitu penerbitan Al-Quran Mushaf Uthmani, Percetakan Saufi menawarkan khidmat pelupusan al-Quran menerusi Pusat Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang, Selangor.





Untuk info, orang dulu akan bakar tetapi timbul juga persoalan selepas dibakar nak buat macam mana pula?

Jika ditanam, perlu dipastikan tempat itu tidak dilangkah atau abu hendaklah ditaburkan ke laut.



 



MESIN insinerator yang dibina khas untuk membakar ayat suci al-Quran.

Pengerusi Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan berkata, Percetakan Saufi adalah syarikat percetakan yang telah diberi lesen oleh Bahagian Kawalan Penerbitan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membekal, mengganti dan mengambil Al-Quran lama bukan Mushaf Uthmani bagi tujuan pelupusan.



Katanya, menjadi tanggungjawab umat Islam memastikan kesucian serta kesejahteraan al-Quran yang mengandungi kalam Allah itu sentiasa terpelihara dan jika sudah rosak, hendaklah dilupuskan mengikut tertib.


PROSES memasukkan ayat al-Quran yang sudah diracik ke dalam mesin insinerator melalui pintu utama.

AIR abu ayat al-Quran ditanam dalam telaga khas menggunakan corong.

AL-QURAN, buku teks, surah Yasin serta keratan ayat suci yang dikumpul untuk dilupuskan.

8 comments:

Unknown said...

baru tau ada service camnih...
selama ni kalo dah buruk pon...still simpan jugak...xbuang pon...

syariza09 said...

makna kalo kita nk lupus, leh antar kt ctu lah yer

Aleyn said...

eT,
Kann....bukan Al-Quran jer....Yassin, Mukaddam...apa2 lah...baguskan syarikat ni..

Aleyn said...

Syariza,
Bleh...car carik no. tel dia dlm website tuh

~izan~ said...

tak tahu plak ada yg buat servis mcm ni..bagus sgt sbb takdelah mereka yg tak tahu cara sebenar tu buang merata2 kitab suci kita tu.tp izan mcm et gak,simpan selagi boleh...

Farra Dhelina said...

ya alh.. baru tahu...nice info ni.thnks for sharing

Aleyn said...

Izan,
Tu la bagus kan..banyak pahala dia dapat

Aleyn said...

Farra,
Sama2..