*
*
Assalammualaikum,
Masa mula2 dengar berita ni kat radio, perasaan sangat MARAH, SEDIH dan GERAM...
MARAH sebab memikirkan Kelalaian dan Kecuaian pihak hospital atas incident ni...hospital bukan ker wajib ader procedure yang sangat teliti terutama sekali bab perpindahan darah ni kan?...saper Malaun yang dok cuai sampai masukkan darah pesakit Aids kat dalam baby 3 tahun ni?...
SEDIH sebab memikirkan nasib remaja yang tak semena-mena dijangkiti Aids, penyakit yang sangat berbahaya dan masih tiada penawar in terms of medication ni. Sudah tentu masa depannyer terjejas dan beliau tidak dapat menjalani hidup seperti remaja lain yang seusia dengannyer....sumer pasal Malaun tadi tu lah....
GERAM sebab rupa-rupernyer si Malaun tu dok transfer darah tanpa persetujuan ibu bapa remaja tu masa dia berumur 3 tahun....macam mana ia bleh terjadi?, berbalik pada prosedur hospital, bukan ker setiap perkara perlu consent daripada ibu bapa atau penjaga kepada pesakit?....abih tu saper plak MalaunX2 yang bagi kebenaran?
*********************************************
MUHD. KHAIRUN memeluk remaja lelaki malang yang kini dijangkiti AIDS di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Penderitaan seorang remaja yang dijangkiti virus HIV sejak 11 tahun lalu gara-gara kecuaian kakitangan Hospital Segamat, Johor semasa melakukan pemindahan darah ke atasnya berterusan setelah dia kini disahkan menghidap AIDS.
Remaja lelaki berusia 14 tahun itu dikesan menghidap AIDS sejak empat bulan lalu.Dia dijangkiti virus HIV ketika mendapatkan rawatan di Hospital Segamat sewaktu diserang penyakit kuning ketika umurnya tiga tahun.Pengerusi Biro Aduan Komuniti UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, pemindahan darah tersebut dilakukan tanpa mendapat sebarang persetujuan daripada keluarga remaja itu.
"Pihak hospital mengakui kesilapan yang mereka lakukan dan memberi pampasan sebanyak RM100,000 bagi meringankan beban pesakit. Bagaimanapun, ia jumlah yang amat kecil dan dianggap tidak berpatutan dengan kesalahan yang mereka lakukan."Lebih malang, remaja itu sekarang hidup menderita apabila disahkan menghidap AIDS oleh pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana sel darah putihnya semakin berkurangan," katanya di pejabat Biro Aduan Komuniti UMNO di sini semalam.Menurutnya, remaja tersebut kini terpaksa menjalani rawatan yang terperinci di HKL akibat implikasi penyakit berbahaya tersebut kerana terdapat jangkitan kuman pada limpanya.
sumber asal: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1109&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htmOleh MOHD. YUNUS YAKKUB
*********************************************
Aku tau, manusia ni memang tak bleh lari dari kesilapan, segala apa yang berlaku sudah tentu ader hikmahnyer, bak kata pepatah mat salleh..
Semua ini ketentuan Allah S.W.T...aku dah tak jadi nak marah2 lagi...
*
*
No comments:
Post a Comment