Friday, November 19, 2010

KBSR Vs. KSSR


Satu kebetulan,

Aku batch pertama KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah), anak pula batch pertama KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah)



Meh tengok perbezaan di antara keduanyer







Bolehlah diringkaskan seperti di bawah



KSSR


1) Subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.

2) Beberapa subjek digabungkan menjadi 1 subjek

3) Satu subjek baru diperkenalkan yang bertema Semangat Kenegaraan dan Patriotik

4) Pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks

5) Membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.


Tambahan info daripada guru besar sekolah Aina

* Pelajaran Bahasa Melayu ditukar kepada Pelajaran Bahasa Malaysia

* Penerangan banyak menggunakan paparan skrin komputer berbanding buku teks

* Pembelajaran Matematik dan Sains menggunakan Bahasa Malaysia dan bukan Bahasa Inggeris



Rangka Perlaksanaannyer


Tahap 1-

Tahun 1 hingga 3 akan tertumpu kpd penguasaan 4M- membaca, menulis, mengira & menaakul, dan kemahiran ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.


Sementara Tahap 2-

Tahun 4 hingga 6 akan tertumpu kpd pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.



Meh tengok buku2 teks nyer pula

Mungkin disebabkan point yang ke -4 tu, maka buku teks pun bersaiz lebih kecil dan ringan




















Disebabkan Aina 1st Batch KSSR, maka buku teks nyer pun masih berbau kilang lagi..heheh




Sejauh manakah acuan baru ini mampu memajukan dan menaikkan modal insan anak2 kita di masa akan datang?, Wallahualam


Jangan sampai objektif belum tercapai, macam-macam masalah sudah terjadi.


Bak kata pepatah

"Ikan belum dapat, air sudah keruh, jala sudah koyak "




Hope for the Best for my children



Nota kaki : Sekarang ni tengah proses re-tune cara ajar Aina Matematik. Kalau selama ni dok ajar dalam Bahasa Inggeris sekarang dah kena ajar dalam Bahasa Malaysia pulak...


5 comments:

Anonymous said...

Terima kasih kerana upload bahan. Banyak membantu saya kenal pasti perbezaannya.
Anak saya juga akan terlibat tetapi tahun 2012.
Anak sulung 2nd batch Math, Sc dlm BI. Anak ke-2, 2nd batch JQaf. Sampai bila la anak2 ku akan jadi bahan kajian........

Aleyn said...

Huhu...tu la kan...harap2 menjadilah hendaknyer...

Mummy to QiQi said...

Hi, google about KSSR and found your blog. Hey, like you, I am also the first batch of KBSR and now my girl is the first batch of KSSR :)

Anonymous said...

Thanks for the information...is really useful for me......

Anonymous said...

Keep on working, great job!

My web blog acoustic guitar chords for beginners