Thursday, November 4, 2010

Nyamuk mandul Vs. Aedes

Baru2 ni ada dengar kat berita Suria FM....pasal GM Mosquito ni...satu kemajuan dalam menangani masalah Denggi di Malaysia ....









Malaysia akan menjalankan pre-test bagi menghalang penyakit denggi dari merebak. Ujian awal ini dilakukan dengan cara melepaskan 2,000 hingga 3,000 nyamuk jantan berstatus GM (Genetically Modified) dengan tujuan dapat mengatasi potensi nyamuk aedes betina yang membawa virus denggi.



Menurut Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, nyamuk-nyamuk GM ini dijangka akan dilepaskan pada bulan Oktober atau November 2010 di negeri Bentong, Pahang dan Alor Gajah, Melaka. Namun begitu, cara bagaimana ia dilepaskan dan kawasan khusus tidak dinyatakan.



IMR menegaskan bahawa nyamuk jantan GM ini direka khusus agar boleh mati dalam tempoh tidak lebih 30 hari dan bersifat mandul. Apabila ia mengawan bersama nyamuk Aedes betina maka diharapkan telur-telur akan mati dan dijangka boleh menghalang generasi nyamuk Aedes seterusnya.Maklumat lanjut boleh dilihat di sini



Namun, terdapat beberapa isu boleh dipertikaikan terhadap tindakan-tindakan IMR. Antaranya ialah;



Pertikaian 1 : Lokasi Ujian
Mengapa IMR menggunakan manusia sebenar dalam proses melaksanakan ujikaji yang belum diketahui keberhasilannya malah kabur dari segi kesan-kesan mutasi genetik bagi generasi nyamuk akan datang.Tujuan murni mengurangkan kesan denggi amat dialu-alukan tetapi menggunakan populasi pendudukan sihat sebagai bahan ujian seolah-olah menjadikan mereka tikus eksperimen.




Mengapa eksperimen ini tidak dilakukan di Bangsar atau Petaling Jaya? Kerana di situlah kerja-kerja penyemburan nyamuk paling kerap dilakukan setiap bulan. Atau mengapa tidak di Putrajaya?




Adakah IMR mempunyai ‘Green House’ yang khusus untuk menjalankan ujikaji ini di Malaysia seperti yang dilakukan oleh kerajaan Australia. Ujian lapangan yang dilakukan di Australia adalah terbaik kerana dilakukan di dalam Green House yang besar dan mempunyai beberapa individu sukarela yang bersedia digigit oleh nyamuk ujian. Projek tersebut di ketuai oleh Prof. Scott O’Neil dari Universiti Quensland.



Pertikaian 2 : Jangka Hayat Nyamuk GM
Di dalam 2000-3000 nyamuk GM yang dihasilkan itu, adakah IMR memeriksa seekor demi seekor kualiti jangka hayat umur mereka? Bagaimana jika 5 ekor dari 3000 ekor itu hidup lama?




Bagaimana IMR boleh mengesahkan bahawa 3000 ekor yang dilepaskan itu telah mati kesemuanya?
Bolehkah IMR mengesan semula 3000 ekor yang dikatakan ‘bakal mati’ itu.



Ricarda Steinbrecher, Pengerusi EcoNexus yang juga adhoc bagi Cartagena Biosafety Protocol (AHTEG) menegaskan seperti berikut.“With GM insect-and in particular GM mosquitoes-we are faced with a number of problem that we have a little or no experience or knowledge of how to assess or deal with.”“We don’t even know,or have sufficient data on,what the potential harm or negative impacts might be.”Menurut Steinbrecher lagi, para penyelidik harus ingat bahawa nyamuk tidak akan bergerak setempat, mereka mampu berpindah dari satu habitat ke habitat lain secara rawak.





Pertikaian 3 : Hebahan Maklumbalas Masyarakat
Proses hebahan dari Biosafety sangat mencurigakan. Sepatutnya perkara besar sebegini yang melibatkan populasi masyarakat perlu diwar-warkan dalam akhbar-akhbar utama atau setidak-tidaknya dihebahkan melalui risalah di kawasan Bentong dan Alor Gajah.

Lagi penentangan baca sini



http://www.malaysiakini.com/letters/141819




********************************************



Aku tak lah Arif dalam hal kawalan secara Bio ni...apa pun diharapkan lagi sekali supaya Kerajaan betul2 membuat penyelidikan terperinci dari segi keberkesanan sesuatu kaedah itu.



Ibarat :



Ular dipukul biar mati,

kayu pemukul jangan patah,

tanah dipalu jangan lembang

"Aleyn Walia,

Pandangan Rakyat,

TV Aiqhil"

hahahha

No comments: