Monday, November 8, 2010

Dihukum selepas 11 Tahun

*
*

Korang ingat tak lagi lagu hit 'Rindu Serindu Rindunya' sekitar era ujung 90an, time tu aku berumur lebih kurang 23 tahun, zaman cinta baru berputik la katakan...ahaks...



Penyanyinyer Arwah Along dari band tangkap leleh 'Spoon' yang ketika itu sedang meningkat naik...arwah dibunuh dengan kejam oleh seorang anggota polis berpangkat Lans koperal dan motif dikatakan akibat cemburu buta....hhhuuhhh



**************************************



PUTRAJAYA – Seorang anggota polis tetap menjalani hukuman mati selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati kerana membunuh penyanyi kumpulan Spoon, 11 tahun lalu.



Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi yang mengetuai panel tiga hakim sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang mendapati Lans Koperal Mohamed Ya’cob Demyati bersalah terhadap tuduhan membunuh Sabi’ul Malik Shafiee atau lebih dikenali sebagai Along dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya.

















**************************************

Yang aku agak tak puas ati tu la kan...naper ek lama sangat proses keadilan negara kita nih...11 tahun tu....apa yg depa dok tangguh2 kan hukuman tuh...pesalah pun dah ader, kesalahan pun dah tersabit.....lainlah kalau kes macam Nurin Jazlin tu yg pesalah masih blom dikenalpasti.....



Sorrylah aku memang blur sangat2 bab2 kehakiman ni.....saper yg bleh citer ..meh habaq sini no...bukan nak kritik just nak tau sebab musabab jer...


















Agak2, kes pembunuhan kejam jutawan Dato Susilawati pun akan mengambil tempoh lama cam ni ker?





Akhir kata, sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Along Spoon.

*
*

4 comments:

Lady of Leisure said...

kes ni hangat betul masa tu kan..

Aleyn said...

Tu lah...tak sangka...kok yer pun cemburu...x yah lah bunuh kan...ceraikan jer kalau betul bini awak main kayu 3 ..tol tak...

yatie chomeyl said...

i pulak masa tu baru form 4..tgh duk asyik layan lagu ni yg selalu putar kat radio muzik

Aleyn said...

Form 4 ek....hehhe...mesti tangkap lentok kan...time tu Radio Muzik yang paling top rasanyer....