Monday, November 15, 2010

Umur Ibu : 10 tahun .......Say WHAT???








MADRID: Seorang budak perempuan berusia 10 tahun melahirkan bayi di Jerez de la Frontera, selatan Sepanyol, kata seorang pemimpin tempatan, semalam.




Menteri Hal Ehwal Sosial Andalusia, Micaela Navarro, berkata pihak berkuasa kini mengkaji sama ada budak itu dan keluarganya layak menjaga bayi berkenan.
“Bapa kepada bayi itu juga seorang budak,” katanya.Bagaimanapun, Navarro enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai kes itu, termasuk jantina bayi terbabit.




“Setakat ini pihak berkuasa tidak menganggap kes ini sebagai rogol dan tiada sebarang siasatan jenayah dijalankan,” katanya. Sementara itu, media melaporkan, budak perempuan itu berasal dari Romania dan ketika tiba di Sepanyol, dia memang hamil.Tidak pula dinyatakan bila budak itu dan keluarganya tiba di Sepanyol.



*****************************************



Hmmm...aku umur 10 tahun, tahu meloncat jer ....heheheh



2 comments:

*∽ IZAN ∽* said...

aduhaii.. 10 tahun dah jadi mak orangg... esok2 umur 40 anak dah umur 30 ! isk isk isk

Aleyn said...

Tu la pasal...advance tak advance lah manusia sekarang ni...naik takut aku pikirkan..