Tuesday, November 17, 2009

Anugerah Terindah





Tersentuh dengan Contest kali ni, the very touching and blast from the past



Perasaan memula Bergelar Ibu, sangat istimewa and will be long cherished. The bestessstttt feeling of all. Thanks to penganjur Ibu Hadif kerana mencetuskannya kembali.



So to all mama bloggers, marilah imbau kembali kenangan terindah tu dan expresskan dalam contest ni...



TnC nyer ...



1. Contest ini terbuka kpd Bloggers sahaja.
2. Wajib menjadi follower Mrs. K dan add blog ini dalam bloglist anda.
3. Letak banner seperti di atas kat sidebar anda dan
link ke giveaway ini.

4. Tiada had umur anak. Semua boleh join.
5. Sila upload sekeping gambar anak pertama/sulong anda berumur 1 hari. Sila nyatakan nama dan umur anak sekarang.

6. Anak merupakan Anugerah Terindah dari Yang Maha Esa. Nyatakan perasaan anda apabila pertama kali melihat anak dan apakah harapan anda terhadap anak. Entry yang berjaya menyentuh naluri keibuan para juri akan dipilih sebagai pemenang. eceh...

7. Tak perlu karangan yang panjang.. ayat pendek, simple but nice & sweet.

8. Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke blog Ibu Hadif. (no link back will be disqualified)

9. Dah siap semua, sila tinggalkan link entry anda di entry giveaway ini.

10. Pemenang akan ditentukan oleh Juri Profesional yg dilantik sendiri.



So inilah gambar anak sulungku






Nama : Aina Azrin Binti Mohd Noor Azmi


Umur : 5 Tahun



Memang tepat sekali, Anaklah merupakan anugerah paling indah dalam hidup setiap insan yang bergelar ibu dan bapa.






Tatkala ku mendengar tangisannya yang pertama, dan melihat tubuh badannya yang sempurna, ku rasa teramat bersyukur ke hadrat Ilahi dan merasa diri ini sudah

Dilengkapi Sepenuhnya.

Segala kebimbangan yang dialami sewaktu mengandungkan dan perit jerih semasa melahirkan terus lenyap entah ke mana. Yang tinggal hanya

Azam yang Teramat Kuat

untuk melindungi anugerah tuhan yang maha esa ini dan memberinya

Sepenuh Kasih Sayang yang ada.






Harapan Mama buat Aina,






"Semoga Aina senantiasa dirahmati dan dilindungi Allah S.W.T serta dilimpahi kejayaan dan kebahagian sepanjang hidupmu." Amin






Mama hanya mengharapkan yang terbaik buat Aina









Inilah gambar terkini anak daraku Aina Azrin, dah pun 5 tahun, semakin bijak dan rajin tolong Mama.



2 comments:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

salam...
ibu hadif dah terjah!!

yes, anak is the best gift from Allah...no doubt!!

Aleyn said...

Wah...begitu cepat terjah..baru publish..tengok balik dah terjah....bagusnyer penganjur ni...heeh

tq yer...