Tuesday, November 23, 2010

Hari Orientasi Sekolah Aina

Tarikh : 20 November 2010 (Sabtu)
Tempat : Sekolah Rendah Kebangsaan Subang Bestari
Agenda : Orientation Darjah 1 Kemasukan 2011


Satu lagi pengalaman baru ku sebagai seorang ibu, menghantar Aina ke program orientasi untuk bakal murid darjah 1

Maka seawal 7.30 pagi, kami 4 beranak dah terpacul depan pintu gate sekolah….gate pun belum buka lagi hehhe…Aina lengkap berpakaian Baju Jasmani Sekolah, berseluar Trek dan berkasut sekolah sambil menyandang beg sekolah berisi kelengkapan alat tulis dan pensil warna.



Aina all set..


Semua ini bagi penyediaan Aina menjalani pra ujian untuk menentukan kelas yang akan diduduki bila masuk sekolah nanti….sungguh teruja aku dan hubby…Miqhail cam biasa lah…mana pun2 dia teruja…..



Aina dan Miqhail di depan assembly area



Time ni orang tak ramai lagi...adalah 4... 5 keluarga yang dah sampai...


Me and Anak Mama yang dah besar...

Genap jam 8 pagi, kami mula beratur untuk menentukan bilik peperiksaan Aina, ketika ini juga Aina diberi set buku teks dan buku latihan. Bilik yang diberikan Bilik No. 3. di tingkat atas. Kami diminta meninggalkan anak2 sebaik anak2 dah settle down di meja masing2 bersedia untuk memulakan exam.



Beratur untuk register




Sampai pun giliran kami, Aina kena amik periksa kat Bilik No. 3



Rasa keciknyer lah meja dan bangku sekolah...dulu masa kecik...rasa cam gedabak jer sumer nyer


Time ni nak kena tinggalkan Aina ...abahnyer tengah nak bagi kata2 perangsang tuh...Aina pun nampak sedikit gabra...heheh


Adiknyer happy jerrr


Aina dok depan sekali...sajer bagi dia biasa dok depan kelas....biar lebih konsentrasi nanti masa belajar



Pandangan dari tingkat dua bangunan sekolah

Para ibu bapa diminta berkumpul di Dewan untuk mendengar taklimat daripada Guru Besar dan Ketua PIBG Sekolah. Taklimat berkisar sejarah SRK Subang Bestari, pengenalan kepada tenaga pengajar, pencapaian UPSR yang baru lepas, perancangan tahun depan, perihal aktiviti murid dan KSSR.


Guru Besar Sekolah Rendah Kebangsaan Subang Bestari


Antara saripati taklimat, kami dimaklumkan bahawa di antara 700+ yang memohon untuk menghantar anak ke sekolah ini, Cuma 450 sahaja yang diterima termasuklah Aina, Alhamdulillah…dapat bersekolah di dalam taman yang sama…

Selain itu, kami juga diberitahu tentang pencapaian UPSR tahun ini, keputusan peperiksaan agak cemerlang….seramai 86 berjaya mendapat 5A, manakala 54 orang mendapat 4A1B. Nombor yang boleh dibanggakan. .


Miqhail dah start nak boring tuh..



Terpaksa bagi dia main game kat BB jap...baru leka


Kami juga sempat merasa makanan yang disediakan di kantin sekolah. Agak banyak juga gerai yang disediakan. Harganyer pun berpatutan …Ok lah…untuk isi perut budak2 sekolah ni…kantinnyer pun kelihatan bersih dan memuaskan…Alhamdulillah


Keadaan di dalam kantin sekolah






Harga untuk murid, ok lah kot...



Miqhail siap demand lagi...nak donut cokelat lah tuh






Muka budak dah kenyang









Lepas dah dengar taklimat, aku naik jap tengok Aina jawab soalan periksa..khusyuknyer dia...tak perasan Mamanyer tercongok kat pintu



Time ni cikgu tengah nak pas name tag kat setiap murid



Abah and Miqhail di tingkat bawah




Lepas abis periksa, murid2 dibawa melawat sekitar sekolah....dalam kol 12 settle sumernyer...keputusan peperiksaan akan diberi di hari pertama persekolahan...semoga Aina mendapat kelas yang baik...amin


2 comments:

fiziskandarz said...

1st day of school. i'm dead sure Aina is going to appreciate all this pictures years to come :) nice one kak aleyn

Aleyn said...

Come to think of it...ya lor...she'll thank me someday right? that if I'm still around...huhu