Friday, July 29, 2011

Kempen Sehelai Baju Buat Menyapu si Air Mata

Assalammualaikum,

Mari beramal....

*********************************************


Bagi menjayakan program ini pihak kami amat berharap sumbangan dari anda walaupun hanya sehelai (sepasang baju) melayu atau baju kurung baru untuk diagihkan kepada anak-anak yatim dan golongan kurang mampu menjelang Ramadhan dan Aidilfitri tahun ini. Kempen dari Team Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata bagi tahun ke 2 ini diharap akan memberi harapan kepada lebih 30 buah rumah anak yatim di beberapa negeri di Semenanjung.


Program ini bermula 1 Julai hingga 25 Ogos 2011 dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dan bersedia untuk menyumbang. Dari sumbangan andalah kami mampu salurkan kepada mereka yang sentiasa menanti untuk tahun ini. Terima kasih kerana sudi dan terima kasih kerana terus memberi.



Sumbangan wang tunai tidak diterima......sekadar sepasang baju kurung @ baju melayu (berserta butang, tanpa songkok dan sampin).

Sekiranya terdapat pertanyaan, bole hubungi saya......


Semoga dapat memberi keceriaan pada yang kurang bernasib di pagi raya.
 




Baju yang siap dibungkus boleh dihantar ke



TEAM SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA

No. 12, Jalan Platinum 7/44 Seksyen 7,

40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

(U.P: Ahmad Saabun) Tel: 016-2151192

Email: ahmadsaabun@sehelaibaju.com

info lengkap di http://sehelaibaju.com//

terima kasih












4 comments:

notti netti said...

untuk kanak-kanak jer ker?

Aleyn said...

Wallahualam...cer tgk website dia...I pun x dan nak tgk lg

lieyalatif said...

aleyn, selamat berpuase ...semoga ramadhan kali ini memberi seribu keberkatan buat kite sume....

Aleyn said...

Selamat Berpuasa buat Lieya sekeluarga juga....